Katakanlah: Kembaralah kamu di atas bumi, dan lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan dengan suatu bentuk; kemudian Allah menjadikannya berbentuk lain dari asal kejadian. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas setiap sesuatu.
(Surah Al-Ankbut : ayat 20)

29 May 2014

Brader Cafe Buffet Steamboat & BBQ

Pintu depan Restoran
Murah sedap dan makan sampai kenyang
Penulis malam ni hanya makan steamboat bersama isteri sempena Anniversary.
Gembirakan hati isteri.

Allah befirman di dalam al-quran:

"Gauli mereka dengan adab yang baik." (Qs An-Nisa' ayat : 19)

"Orang yang baik antara kamu adalah orang paling berlaku baik terhadap isterinya dan akulah orang paling baik terhadap isteri dari kalangan kamu." (Hadith riwayat at-Tirmizi)


Alhamdulillah memang puashati, hidangan secara buffet. Lebih 20 lebih bahan seperti sotong,pari,ayam,lala,kambing, udang, siput straw, kepah, tiram, beraneka jenis fishball, ais krim, nasi goreng, ABC dan air manis. 

Keluarga ramai makan besar
Rasanya restoran brader ni akan menjadi destinasi utama untuk berbuka puasa nanti. Jadi kalau nak datang, tempah dulu.

Brader Kafe Bufet Steamboat & BBQ
BBQ
A-12-G, Blok Aura, The Atmosphere (Bandar Putra Permai), Seri Kembangan, Selangor
+60 13-353 0901

Kursus di I-KPKT Bukit Tinggi Part 3

Hari Ketiga


Puan Noridah Jaafar Pegawai Psikologi Kementerian Wanita berkongsi mengenai Pengurusan Marah.

Marah merupakan luahan emosi yang dialami setiap individu. Aura negatif akan menguasai orang yang marah.
Salah satu cara untuk meredakan amarah ialah dengan menggunakan ART terapi. Melukis dan mewarna akan membuatkan kita tenang kerana kita akan luahkan semuanya pada lukisan dan warna.

Firman Allah dalam al-Quran: “Maka bersabarlah kamu dengan sabar yang baik.” 
(Surah al-Ma’arij, ayat 5). 

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan (ingatlah) Allah berserta orang-orang yang sabar.” 
(Surah al-Anfal, ayat 66). 

“Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan sesungguh­nya syaitan itu diciptakan daripada api, dan api hanya dapat dipadamkan dengan air. Oleh itu, jika salah seorang daripada kamu marah, maka hendaklah dia berwuduk.” 
(Hadis riwayat Abu Dawud dan Ahmad).

View daripada tingkap penulis, sebahagian daripada hostel lelaki.
Bas pun dah sampai, maka masa untuk balik.

Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pusat Latihan ni bolehlah melayari:
http://ilpkt.kpkt.gov.my/main.php

28 May 2014

Kursus di I-KPKT Bukit Tinggi Part 2

Hari Pertama

Fasilitator Puan Zuraini Binti Ismail merupakan Pegawai Psikologi JPA. 
Berkongsi mengenai Personal Stress Inventor, Pengenalan stress dan Stress tempat kerja.
Eustress merupakan stress yang mendorong kita menjadi lebih baik/membina..
Contoh: Pegawai A stress kerana selalu diejek kerana gemuk. Dia menggunakan ejekan itu untuk mendorong beliau menguruskan badan dengan bersenam, makan ubat kurus dan sebagainya.
Distress pula stress yang merosakkan diri.
Contoh: Pegawai A putus cinta dan merasa stress yang teruk lalu membuat keputusan untuk mengambil dadah.

“La tahzan innallah ha ma’ana” - “Don’t be sad, Allah is with us” [9:40]

Hari Kedua

Fasilitator Puan Razinah Sohor Pegawai Psikologi JPA.
Berkongsi mengenai Personal Emotional Inventory, Pengurusan Emosi dan Emotional Quotient.
"di luar negara, terdapat sesi berkumpulan dimana pesertanya berkongsi kejayaan/pencapaian walaupun ianya tidak sebesar mana, kerana aura positif pendengar nya memberi kesan baik kepada pencerita, tetapi malang sekali di sini bila berkongsi kejayaan, orang akan berkata ek eleh berlagak betul, poyo dan macam2 lagi.."
Abul Laits Assamarqandi r.a. meriwayatkan dengan sanadnya dari Alhasan berkataNabi Muhammad S.A.W. bersabda maksudnya : "Hasad dan dengki itu keduanya akan memakan habis hasanat sebagai mana api makan kayu."

Emosi merupakan satu pernyataan yang melibatkan reaksi fisiologi dan psikologi.
Emosi :
Marah     Sedih    Takut   Gembira
Sayang   Hairan   Benci   Malu

Cara bernafas:
1.Sedut melalui hidung, tahan, hembus melalui hidung.
-Berlaku ketika tengah marah.
-Boleh dipraktikkan untuk menghilangkan mengantuk.
2.Sedut melalui hidung, tahan, hembus melalui mulut.
-Boleh dipraktikkan untuk meredakan marah.
3.Sedut melalui mulut, tahan, hembus melalui hidung.
-Alasan bagi perokok iaitu merokok boleh menenangkan dan memberi ilham sedangkan cara pernafasan itu yang memberi faedah.
-Biasanya yang aktif berkarya, ahli seniman bernafas sebegini.
-Jika dipraktikkan boleh menambahkan/menguatkan memori dan merangsang otak.
-Amalkan dan ajarlah anak-anak kita.
4.Sedut melalui mulut, tahan, hembus melalui mulut.
-Berlaku bila kita sakit terkena bucu meja, makan cili, mengah naik tangga dan bersalin.
-Praktikkan jika mengalami kesakitan, air liur bercampur udara menghasilkan tindak balas mengurangkan kesakitan pada kita.

Ketua kumpulan dan penulis membentangkan tentang emosi HAIRAN
Kumpulan yang membentangkan emosi GEMBIRA
Dewan makan
Pejabat IKPKT
Abang Otai tengah pilih lagu
Hostel lelaki dan perempuan dilengkapi bilik karaoke dan gym..

27 May 2014

Kursus di I-KPKT Bukit Tinggi

Salam Israk Mikraj..
Penulis pagi ini menuju ke I-KPKT untuk menghadiri kursus yang dianjurkan.


Doa untuk keluarga yang ditinggalkan

أَسْتَوْدِعُكُمُ اللهَ الَّذِيْ لاَ تَضِيْعُ وَ دَائِعُهُ
"Aku titipkan kamu sekalian kepada Allah yang tidak akan hilang titipan-Nya."
(HR. Ahmad 
II/403, Ibnu Majah no. 2825.

Walaupun berat hati terpaksa tempuh jua..Belum pergi dah Stress..

19 May 2014

Ho Chi Minh City, Vietnam Hari 5

Hari terakhir penulis di Ho Chi Minh City, penulis hanya meminta pihak hotel menyediakan teksi kerana ianya lebih murah dan selamat. 180000 VND bersamaan RM 27++

Bukan main gembira bila berjalan-jalan

Petrolimex merupakan salah sebuah syarikat minyak di sini. 1 Liter Petrol bersamaan RM4.00 

Gambar yang penulis sempat snap semasa di dalam teksi

Suasana di luar balai pelepasan

Berada di kaunter Air Asia yang masih belum buka

Ambil gambar dulu

Barangan cenderamata yang berada di dalam balai berlepas semasa menunggu ketibaan pesawat

Beginilah gambar di dalam Lapangan Terbang setelah melepasi Pegawai Keselamatan

Harith bersama Pramugara Air Asia

Alhamdulillah dah selamat sampai di KLIA 2 dan menunggu beg penulis

Antara hasil semasa berada di Vietnam:

Kasut Nike Baby RM18.00

Helmet saiz S RM 30.00

Gambar tepi

Kopi Trung Nguyen Vietnam Halal

Sisi belakang

Kopi Hajah Basiroh

Walaupun tiada cop Jakim semestinya halal

Sisi belakang

Kopi 3 In 1 Trung Nguyen

Gambar Sachet

Tips ini merupakan pengalaman penulis sendiri dan berkemungkinan berbeza pada anda dan juga boleh berubah disebabkan faktor semasa, cuaca, kadar mata wang dan bermacam-macam lagi.

Tips ke Ho Chi Minh, Vietnam:

1.     Tukarlah mata wang anda dalam bentuk VND dan bawa sedikit duit RM. Jika boleh sediakan jadual perbezaan mata wang antara VND-RM-USD. Kalau boleh elakkan USD kerana anda akan rugi. Lebih untung jika anda menukar di mesin ATM di Ho Chi Minh dan pastikan ATM/Kad Kredit anda dah dibuka melalui laman web/telefon di bank berkenaan.
2.     Pastikan hotel anda di kawasan District 1 dan Pasar Benh Tanh kerana hanya kawasan ini terdapat makanan halal serta mengurangkan kos pengangkutan. Warga Malaysiapun memang ramai di sini.
3.     Tulis dan cetaklah besar-besar alamat hotel kerana pemandu disinipun ada yang tidak tahu lokasi hotel.
4.     Jika ingin membeli buah-buahan belilah di lorong-lorong berbanding di depan Pasar Benh Tanh kerana harganya lebih murah begitu juga dengan key chain dan fridge magnet.
5.     Jika anda tidak ingin membeli kacang jangan sesekali mengambil kacang kukus yang ditawarkan oleh penjual jalanan, jika anda memegangnya maka wajiblah anda membeli seplastik kacang kukus berharga RM8-10 dimana harga sebenar di Malaysia hanya RM2 (ianya agak mentah dan kurang manis).
6.     Pastikan juga jika anda membeli barang yang di jual oleh penjual jalanan supaya membeli barang tersebut (Cth: Cermin mata) tidak di lihat oleh penjual jalanan yang lain. Jika tidak hampir semua penjual jalanan akan datang ke tempat anda dengan menawarkan barang yang sama dengan harga yang lebih murah. Mereka akan memaksa anda supaya membeli barangan mereka disusuli dengan muka yang kurang ceria dan bebelan-bebelan (memang anda akan rimas dan naik darah) tapi ingatlah mereka juga perlu menyara keluarga mereka.
7.       Memang benar terdapat 3 juta motorsikal di atas jalan raya tetapi lintaslah dengan berani tanpa teragak-agak. Penunggang di sini memang tidak mengikut lampu isyarat dan boleh masuk lorong sesuka hati tetapi kemalangan memang kurang. Untuk pengetahuan, pemandu kereta disini berada di sebelah kiri bukan kanan jadi lorong pun agak berbeza dengan kita.
8.     Pastikan teksi yang anda naiki menekan meter teksi selepas anda menaiki teksi bagi mengelakkan anda di tipu. Gunalah teksi Vinasun dan Saigon Airport.
9.     Jika anda ingin jimat, bolehlah mengikuti rombongan ke tempat tarikan pelancong seperti Cu Ci Tunnel, muzium perang, lawatan harian kawasan menarik di bandar Ho Chi Minh, Sungai Mekong Cruise dan bermacam-macam lagi menerusi hotel dimana anda menginap atau menerusi travel agent.
10.     Cubalah Kopi Ais dan makanan Vietnam seperti Pho anda pasti akan suka. Kos makanan di sini memang agak tinggi, kadangkala mencecah rm25++ seorang sekali makan.
11.     Jika berada di Pasar Benh Tanh atau Binh Tay tawarlah harga semurah mungkin, budaya peniaga di sini akan memeluk dan menarik tangan anda tidak kira lelaki mahupun perempuan. Jika harga yang ditawarkan tidak memenuhi citarasa anda maka pergilah ke tempat lain, biarkan sahaja muka, lagak marah dan bebelan peniaga di sini, ianya sudah lumrah mereka. Jangan sesekali anda singgah atau masuk ke gerai meraka serta melihat-lihat barangan mereka jika anda tidak ingin membeli atau saja-saja cuci mata kerana anda akan dipaksa tahap gaban untuk membeli barangan tersebut.
12.     Banyakkanlah bersedekah, rata-rata penduduk Ho Chi Minh fakir miskin.
13.     Pasar Benh Tanh buka pada pukul 8 pagi sehingga pukul 6 malam selepas itu pasar malam akan di buka di 2 buah laluan sekitar Pasar Benh Tanh. Ianya lebih murah berbanding dalam Pasar Benh Tanh. Jika anda ingin membeli textile dengan banyak Binh Tay adalah tempat yang lebih sesuai.
14.     Jangan gunakan beg plastik berzip empat segi besar yang digunakan untuk menyimpan kain tu jika anda tidak ingin didatangi pegawai kastam Ho Chi Minh dan bagi mengelakkan duit kopi diberikan kepada mereka semasa anda check in di Lapangan Terbang nanti. Duit kopi merupakan budaya mereka. Baik anda gunakan sahaja beg bertayar.
15.     Janganlah membawa banyak beg daripada Malaysia, beli sahaja disini dengan harga yang lebih murah dan berkualiti.

18 May 2014

Ho Chi Minh City, Vietnam Hari 4

Tengoklan betapa terujanya anak penulis bila penulis katakan "Jom Jalan!!"
Hari ini plan penulis untuk melawat kawasan bersejarah di Ho Chi Minh. Memandangkan Isteri penulis tengah mengandung maka Cu Ci Tunnel, Sungai Mekong Cruise dan muzium-muzium perang terpaksa di elakkan atas sebab keselamatan dan takut kepada "kenan" (secara psikologinya melihat benda-benda ngeri tidak elok bagi perempuan mengandung)

Restoran GoGi yang menghidangkan makanan korea berhampiran hotel penulis dan sedihnya ianya TIDAK HALAL.

Pengangkutan awam di Ho Chi Minh

Menuju kedai makan perlu melintasi padang istirahat

Inilah pemandangan di dalam Restoran Hajah Basiroh. 
Ini merupakan kedai makan yang mempunyai penghawa dingin, terdapat satu lagi kedai makan Hajah Basiroh yang tiada penghawa dingin

Kopi ais Vietnam..memang PERGHHHH!!

Harith bersama pengendali Restoran Hajah Basiroh yang fasih berbahasa Melayu kerana hampir 6 tahun belajar Tahfiz di Malaysia 

Halal murah dan sedap

Di Belakang Gereja Virgin Mary

Tugu di sebelah kanan Saigon Central Post Office

Pos ofis ini berhadapan dengan Gereja

Jam yang besar menunjukkan waktu semasa Vietnam

Tempat ini merupakan salah satu tempat tarikan pelancong di sini

Sebelah kanan dan kiri pintu masuk menjadi tempat jualan cenderahati

Pos Ofis ini masih beroperasi

Di Bahagian tengah juga peniaga mempamerkan barangan cenderahati. 

Mesin ATM di pondok telefon lama. Menarik

Anak penulis yang sibuk melihat barang-barang yang di jual

Tugu di sebelah kiri

Muzium perang tetapi penulis tidak masuk ke dalam

Shopping Mall Diamond exclusive untuk orang berada di Ho Chi minh

Abang polis mengawal lalu lintas

Pizza Hut di dalam Shopping Mall Diamond

Baskin Robbins 31

Berjalan bertanya dan akhirnya sampai juga ke Hard Rock Cafe, Ho Chi Minh City

Penulis membeli sedikit buah tangan seperti yang di kirim oleh kawan penulis

Hard Rock Cafe ini mempunyai 2 tingkat dan kami sekarang berada di tingkat 1

Merupakan jalan untuk ke tingkat bawah tanah dimana live band diadakan

Memandangkan terdapat permintaan baru daripada keluarga penulis maka penulis kembali ke Pasar Benh Tanh untuk membeli kain pasang

Kain Cotton beraneka jenis dan corak baru

Penunggang motor yang parking motor di sisi jalan dikehendaki membayar upah kepada penjaga motor 

Beginilah gerai-gerai kecil peniaga yang menjual air dan kopi. 
Kerusi dan meja mereka memang kecil dan pendek

Menjual Pho iaitu meehun/koew teow sup vietnam

Pakcik ini menjual mangga yang telah di potong dengan meletakkan asam boi pada setiap belahan mangga tersebut

Mangga yang pelbagai jenis danpastikan anda merasa dahulu tester dan rundinglah harga kerana sememangnya Ho Chi Minh City merupakan kawasan pelancong

Kelapa muda yang telah di belah

Pekerja hotel dimana penulis menginap yang ramah dan ringan tulang membantu

Kakak angkat Harith yang menjual baju dan kain di bawah Restoran Hajah Basiroh.

Memang 80% pelancong yang berada di Ho Chi Minh ini adalah warga Malaysia maka jangan hairan jika peniaga-peniaga di sini pandai bercakap bahasa Melayu.

Tugu di hadapan Pasar Benh Tanh

Penulis Petang tadi membeli barang di dalam Pasar Benh Tanh pada awek Vietnam ini. 
Kebetulan semasa pergi ke Pasar Malam bertemu dia semula yang juga merupakan seorang peniaga di sini.
Benarlah kata seorang pekerja warga kita yang bekerja di sini. Kos hidup yang tinggi dan gaji yang rendah menyebabkan warga di sini hampir mempunyai 3 pekerjaan dalam 1 hari
Gaji Manager sesebuah syarikat hanya sebanyak RM1500