Katakanlah: Kembaralah kamu di atas bumi, dan lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan dengan suatu bentuk; kemudian Allah menjadikannya berbentuk lain dari asal kejadian. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas setiap sesuatu.
(Surah Al-Ankbut : ayat 20)

05 February 2012

Memanah di Sunway Pyramid

Alhamdulillah sempena Maulidur Rasul tahun ini, hasrat penulis tertunai untuk belajar memanah..Memanah merupakan salah satu sunnah yang amat digalakkan..

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah” 

(Riwayat Sahih Bukhari/Muslim)

“Tidak ada hiburan kecuali dalam tiga hal; seorang laki-laki yang melatih kudanya, candaan seseorang terhadap isterinya, dan lemparan anak panahnya. Dan barangsiapa yang tidak memanah setelah ia mengetahui ilmunya karena tidak menyenanginya, maka sesungguhnya hal itu adalah kenikmatan yang ia kufuri.”

 (NASAI – 3522)


Star Archery Sunway Pyramid

Terdapat 4 bulatan kecil target..terdapat juga tv bagi setiap bulatan besar yang memaparkan anak panah yang melekat pada target tersebut.

Penulis bersama isteri bersedia untuk berentap..

Sesiapapun boleh memanah hanya dengan RM12.00

Aim dulu..

Alhamdulillah penulis rasa bersyukur sangat..bukan sahaja dapat mengikuti sunnah pada Hari Keputeraan Rasulullah malah tercapai satu azam penulis tahun ini..
Bagi sesiapa yang berminat boleh lah ke sini :

AllahuAkhbar!!!

No comments: