Katakanlah: Kembaralah kamu di atas bumi, dan lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan dengan suatu bentuk; kemudian Allah menjadikannya berbentuk lain dari asal kejadian. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas setiap sesuatu.
(Surah Al-Ankbut : ayat 20)

02 February 2012

Negeri Indera Kayangan~Perlis Part 2

Alhamdulillah kembali lagi..Sorotan penulis ke Perlis..Wang Kelian merupakan salah satu pintu sempadan ke negara jiran kita iaitu Thailand..Para pengunjung dibolehkan memasuki sempadan tanpa sebarang pas perjalanan. Hanya dibenarkan beberapa KM je daripada sempadan Thailand..

Waktu petang, peniaga dah mula mengemas barang..
pengunjungpun dah tak ramai

Aktiviti pertama hari kedua, rombongan dibawa ke Taman Anggur..
pelik bukan??Tanam anggur di Malaysia..
Penulis telah melawat sendiri dan merasai kemanisan anggur tersebut..SubhanAllah..
Allah cipta manusia untuk berfikir..

Inilah rupanya anggur yang ditanam 

Pengunjung dilarang untuk memetik, jika salah petik pokok tersebut akan mati..

Manis dan setanding anggur luar negara

Renjer Hutan memberikan taklimat mengenai Taman Rimba Herba Perlis
Aktiviti kedua pada hari kedua penulis adalah melawat taman ini..
Jika ingin melihat sendiri tumbuhan seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah dan bermacam-macam lagi 
datanglah ke sini dan rasai sendiri urutan(SPA) kaki secara semulajadi percuma..

Aktiviti terakhir bagi hari kedua penulis, melawat taman ini..

Ular-ular berbisa berada dalam sangkar ini..
memang kecut perut bila ada ular yang agresif bila melihat kita..

Zon ini menempatkan ular-ular yang pelik dan jarang ditemui..
Ular tersebut telah diawetkan terlebih dahulu..



No comments: