Katakanlah: Kembaralah kamu di atas bumi, dan lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan dengan suatu bentuk; kemudian Allah menjadikannya berbentuk lain dari asal kejadian. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas setiap sesuatu.
(Surah Al-Ankbut : ayat 20)

20 March 2012

Ripley's Believe It Or Not

Dengan izin Allah S.W.T akhirnya penulis sampai ke Genting Highland bersama isteri tercinta untuk kali yang ke berapa, penulis pun tak ingat yang penting sekali ini adalah kali pertama penulis memasuki ke tempat Ripley's Believe It Or Not.
Yang menariknya kamera boleh bawa masuk dan boleh ambik gambar..

Kerusi keadilan..Tertuduh akan duduk di kerusi ini untuk dibicarakan..
Jika terbukti bersalah akan dibunuh diatas kerusi ini serta merta..

 Merupakan replika muka pemilik generasi pertama Ripley yang memulakan penyimpanan koleksi pelik ini..
Yang menariknya replika ini telah dibuat oleh orang buta yang hanya memegang muka Mr Ripley...

 Alat-alat pada masa dulu..

 Merupakan Tool Kit untuk membunuh Vampire pada masa dulu..

 Kucing yang dimumiakan..kalau nak tahu lebih lanjut tanya pakcik Google..

 Keranda untuk Bayi atau budak kecil ( Bukan Asia ).. 

 Ukiran-ukiran kayu Orang Asli..pun bukan Orang Pribumi Asia

 Kepala manusia sebenar yang telah dikecutkan sehingga sebesar penumbuk..REAL!!

 Kerusi dera Eropah..

 Kerusi untuk gunting rambut yang terawal..

 Mesin simpan duit yang terawal..

Macam video klip Bruno Mars kan...g tengok kat Youtube..

Banyak lagi yang tak dapat dipertontonkan di sini..jika ada kesempatan datanglah sendiri dan alamilah sendiri perkara-perkara yang unik dan pelik..Kadang-kadang kita perlu buka minda untuk menerima benda-benda yang baru untuk kita sedari bahawa kita adalah hamba kepada Allah yang Maha Agung..Ilmu Allah terbentang luas.

Firman Allah s.w.t. di dalam Al-Qur'an yang bermaksud :

"Wahai sekelian manusia sesungguhnya kami jadikan kamu dari lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak agar kamu kenal-mengenal di antara satu dengan yang lain , bahawa sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah yang paling bertaqwa diantara kamu , sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana ".


No comments: