Katakanlah: Kembaralah kamu di atas bumi, dan lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan dengan suatu bentuk; kemudian Allah menjadikannya berbentuk lain dari asal kejadian. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas setiap sesuatu.
(Surah Al-Ankbut : ayat 20)

19 May 2014

Ho Chi Minh City, Vietnam Hari 5

Hari terakhir penulis di Ho Chi Minh City, penulis hanya meminta pihak hotel menyediakan teksi kerana ianya lebih murah dan selamat. 180000 VND bersamaan RM 27++

Bukan main gembira bila berjalan-jalan

Petrolimex merupakan salah sebuah syarikat minyak di sini. 1 Liter Petrol bersamaan RM4.00 

Gambar yang penulis sempat snap semasa di dalam teksi

Suasana di luar balai pelepasan

Berada di kaunter Air Asia yang masih belum buka

Ambil gambar dulu

Barangan cenderamata yang berada di dalam balai berlepas semasa menunggu ketibaan pesawat

Beginilah gambar di dalam Lapangan Terbang setelah melepasi Pegawai Keselamatan

Harith bersama Pramugara Air Asia

Alhamdulillah dah selamat sampai di KLIA 2 dan menunggu beg penulis

Antara hasil semasa berada di Vietnam:

Kasut Nike Baby RM18.00

Helmet saiz S RM 30.00

Gambar tepi

Kopi Trung Nguyen Vietnam Halal

Sisi belakang

Kopi Hajah Basiroh

Walaupun tiada cop Jakim semestinya halal

Sisi belakang

Kopi 3 In 1 Trung Nguyen

Gambar Sachet

Tips ini merupakan pengalaman penulis sendiri dan berkemungkinan berbeza pada anda dan juga boleh berubah disebabkan faktor semasa, cuaca, kadar mata wang dan bermacam-macam lagi.

Tips ke Ho Chi Minh, Vietnam:

1.     Tukarlah mata wang anda dalam bentuk VND dan bawa sedikit duit RM. Jika boleh sediakan jadual perbezaan mata wang antara VND-RM-USD. Kalau boleh elakkan USD kerana anda akan rugi. Lebih untung jika anda menukar di mesin ATM di Ho Chi Minh dan pastikan ATM/Kad Kredit anda dah dibuka melalui laman web/telefon di bank berkenaan.
2.     Pastikan hotel anda di kawasan District 1 dan Pasar Benh Tanh kerana hanya kawasan ini terdapat makanan halal serta mengurangkan kos pengangkutan. Warga Malaysiapun memang ramai di sini.
3.     Tulis dan cetaklah besar-besar alamat hotel kerana pemandu disinipun ada yang tidak tahu lokasi hotel.
4.     Jika ingin membeli buah-buahan belilah di lorong-lorong berbanding di depan Pasar Benh Tanh kerana harganya lebih murah begitu juga dengan key chain dan fridge magnet.
5.     Jika anda tidak ingin membeli kacang jangan sesekali mengambil kacang kukus yang ditawarkan oleh penjual jalanan, jika anda memegangnya maka wajiblah anda membeli seplastik kacang kukus berharga RM8-10 dimana harga sebenar di Malaysia hanya RM2 (ianya agak mentah dan kurang manis).
6.     Pastikan juga jika anda membeli barang yang di jual oleh penjual jalanan supaya membeli barang tersebut (Cth: Cermin mata) tidak di lihat oleh penjual jalanan yang lain. Jika tidak hampir semua penjual jalanan akan datang ke tempat anda dengan menawarkan barang yang sama dengan harga yang lebih murah. Mereka akan memaksa anda supaya membeli barangan mereka disusuli dengan muka yang kurang ceria dan bebelan-bebelan (memang anda akan rimas dan naik darah) tapi ingatlah mereka juga perlu menyara keluarga mereka.
7.       Memang benar terdapat 3 juta motorsikal di atas jalan raya tetapi lintaslah dengan berani tanpa teragak-agak. Penunggang di sini memang tidak mengikut lampu isyarat dan boleh masuk lorong sesuka hati tetapi kemalangan memang kurang. Untuk pengetahuan, pemandu kereta disini berada di sebelah kiri bukan kanan jadi lorong pun agak berbeza dengan kita.
8.     Pastikan teksi yang anda naiki menekan meter teksi selepas anda menaiki teksi bagi mengelakkan anda di tipu. Gunalah teksi Vinasun dan Saigon Airport.
9.     Jika anda ingin jimat, bolehlah mengikuti rombongan ke tempat tarikan pelancong seperti Cu Ci Tunnel, muzium perang, lawatan harian kawasan menarik di bandar Ho Chi Minh, Sungai Mekong Cruise dan bermacam-macam lagi menerusi hotel dimana anda menginap atau menerusi travel agent.
10.     Cubalah Kopi Ais dan makanan Vietnam seperti Pho anda pasti akan suka. Kos makanan di sini memang agak tinggi, kadangkala mencecah rm25++ seorang sekali makan.
11.     Jika berada di Pasar Benh Tanh atau Binh Tay tawarlah harga semurah mungkin, budaya peniaga di sini akan memeluk dan menarik tangan anda tidak kira lelaki mahupun perempuan. Jika harga yang ditawarkan tidak memenuhi citarasa anda maka pergilah ke tempat lain, biarkan sahaja muka, lagak marah dan bebelan peniaga di sini, ianya sudah lumrah mereka. Jangan sesekali anda singgah atau masuk ke gerai meraka serta melihat-lihat barangan mereka jika anda tidak ingin membeli atau saja-saja cuci mata kerana anda akan dipaksa tahap gaban untuk membeli barangan tersebut.
12.     Banyakkanlah bersedekah, rata-rata penduduk Ho Chi Minh fakir miskin.
13.     Pasar Benh Tanh buka pada pukul 8 pagi sehingga pukul 6 malam selepas itu pasar malam akan di buka di 2 buah laluan sekitar Pasar Benh Tanh. Ianya lebih murah berbanding dalam Pasar Benh Tanh. Jika anda ingin membeli textile dengan banyak Binh Tay adalah tempat yang lebih sesuai.
14.     Jangan gunakan beg plastik berzip empat segi besar yang digunakan untuk menyimpan kain tu jika anda tidak ingin didatangi pegawai kastam Ho Chi Minh dan bagi mengelakkan duit kopi diberikan kepada mereka semasa anda check in di Lapangan Terbang nanti. Duit kopi merupakan budaya mereka. Baik anda gunakan sahaja beg bertayar.
15.     Janganlah membawa banyak beg daripada Malaysia, beli sahaja disini dengan harga yang lebih murah dan berkualiti.

No comments: