"Kita akan mendarat sebentar lagi, sila pastikan......."
dalam hati penulis alhamdullilah semua perjalanan di KLIA2 dan penerbangan dipermudahkan dan lancar. Penulis sempat snap beberapa gambar daripada pemandangan atas kapal terbang pada waktu malam.
Tak berapa nak clear kerana bateri dah handphone dah habis..
Sepanjang berada di atas pesawat, sebelah kanan penulis anak dan isteri manakala di sebelah kiri penulis adalah seorang pakcik tua warga Vietnam yang langsung tak mengerti bahasa Inggeris mahupun Melayu. Pada mulanya nampak muka beliau agak resah kerana sebaris dengan anak penulis yang masih bayi namun alhamdulillah anak penulis hanya tidur sepanjang perjalanan.
Tidak mengganggu orang lain. Alhamdulillah.
Penulis menghadiahkan pakcik tersebut sekotak air Milo yang dibeli atas pesawat, muka beliau terkejut lalu menerima dengan senyuman dan bebelan dalam bahasa Vietnam..Agak terharu bila beliau minum separuh lalu bangun untuk memberikan air Milo tersebut kepada isteri beliau yang duduk selang 2 baris kerusi di belakang. Betapa sayangnya beliau kepada isteri dan dalam hati penulis betapa susahnya warga Vietnam.
Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat
penulis keluar pesawat dan menuju ke kaunter Imigresen (tak perlu isi VISA)..memang benar kata blogger yang selalu datang ke sini..Pihak Imigresen mereka takkan senyum dan buat muka ketat..tapi takpe kita orang ISLAM kena bagi contoh teladan yang baik..
Senyumlah dan ucaplah terima kasih (Thank You)..Dakwah melalui akhlak yang baik..
Keluar sahaja dari pintu Arrival,penulis dan family menuju ke bahagian kiri (seperti yang tertulis di blog2) dan ianya memang benar bahawa terdapat banyak jenis teksi tengah beratur menunggu pelanggan. Memandangkan syarikat Teksi Vinasun (seperti yang direkomenkan) tiada dan penuh pada waktu itu, penulis bercadang untuk menaiki Teksi Saigon Airport 150000 VND kira-kira +-Rm25.00.
Pada minggu penulis pergi menukar duit nilai VND Dong vietnam :
1 Juta VND = RM165
Selagi pemandu teksi menggunakan meter maka anda tidak akan ditipu InsyaAllah.
Pastikan tulis alamat besar-besar pada kertas A4 alamat hotel tersebut. Bukan semua teksi tahu nama dan tempat hotel.
Rata-rata pemandu teksi fasih berbahasa Inggeris, jangan risaukalau tak betul "hentam saja Labu..."
Pemanduan kereta di Vietnam adalah di sebelah kiri jadi pastikan jika anda ingin duduk di depan duduklah di sebelah kanan.
Mengambil masa lebih kurang 30 minit kami sampai di Que Huong Hotel yang terletak 600 meter daripada Pasar Ben Tanh.
Hotel yang tidak mempunyai Lif tetapi mempunyai WIFI yang sungguh laju dan yang paling best :
1. Free Cucian Baju setiap hari
2. Free Call Malaysia
No comments:
Post a Comment