Katakanlah: Kembaralah kamu di atas bumi, dan lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan dengan suatu bentuk; kemudian Allah menjadikannya berbentuk lain dari asal kejadian. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas setiap sesuatu.
(Surah Al-Ankbut : ayat 20)

17 May 2014

Ho Chi Minh City, Vietnam Hari 3


Setelah bersarapan sendiri di Restoran Hajah Basiroh, Penulis hari ini bercadang ke Pasar Binh Tay yang di mana penulis tak menjelajahi sepenuhnya kerana tiada tempat untuk bersarapan di sini pada hari pertama

Anak penulis yang suka berjalan sendiri

Lebih tertarik dengan ikan dan air pancut di tengah-tengah Pasar Binh Tay. 
Barangan di pasar ini sememangnya lebih murah daripada Pasar Benh Tanh kerana ianya pusat menjual barangan pukal. 

Merasa buah rambutan, ciku yang bersaiz xxl dan mangga di negara orang

Bagi yang ingin menaiki bas amatlah digalakkan kerana bas sememangnya murah, bersih dan selesa. Anda boleh menaiki bas daripada Ben tanh ke Binh Tay dan sebaliknya dengan menaiki bas bernombor 1

Makan tengahari di Salima Restaurant Vietnamese Halal Cuisine.
Restoran ini agak exclusive dan selesa tapi agak mahal berbanding restoran halal yang lain.

Selfie bersama anak penulis

Anda boleh membuat Kot, Blazer,seluar dan siap 24 jam di Pasar Benh Tanh.
Hargapun jauh lebih murah

 Sememangnya ramai orang banyak ragamnya begitu juga peniaga disini. Anda perlulah tawar menawar dengan harga barangan disini kerana hampir semua peniaga akan mencekik darah anda. Tawarlah dan jika tidak dapat pergilah ke kedai lain. Perkara biasa jika peniaga di sini menarik tangan anda, memeluk dan merayu serta memaki, buat muka jika anda tidak membeli barang mereka

 Pelbagai jenis barang yang di jual di sini dan sudah semestinya warga kita lebih suka untuk membeli kain, jubah, baju kurung dan blouse.

No comments: