Surah Al-Mulk ayat 15
هُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ ذَلُولاً فَامْشُوا فِي مَنَاكِبِهَا وَكُلُوا مِن رِّزْقِهِ وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).
He it is Who hath made the earth subservient unto you , so walk in the paths thereof and eat of His providence . And unto Him will be the resurrection ( of the dead ) .
他为你们而使大地平稳,你们应当在大地的各方行走,应当吃他的给 养,你们复活后,只归於他
Pada 6 Mei 2014 dengan sengaja klik AIRASIAGO.COM mencari destinasi-destinasi seterusnya untuk mengembara di Bumi Allah.
Blogger-blogger dan family di Sabah dah berulangkali ke Ho Chi Minh City, Vietnam.
Bagi penulis Ho chi Minh merupakan destinasi yang agak mahal kerana agak sukar mendapatkan tiket yang murah. Paling murahpun lebih kurang Rm600++ seorang harga tiket flight pergi balik belum termasuk hotel+makan dan pengangkutan.
Rezeki pada hari itu, saya dapat flight percuma untuk pergi balik seramai 3 orang dan pakej hotel untuk 5 hari 4 malam hanya RM 627.00 sahaja. ALHAMDULILLAH.
Amacam.. Tak Percaya??
Pada 15 Mei 2014 Airasia telah beroperasi di KLIA 2 sepenuhnya maka perjalanan kami pun bermula di situ dengan hanya menaiki ERL daripada Putrajaya menuju KLIA 2 hanya RM 6.20 seorang sehala.
Tips KLIA2
1. Datanglah awal 3 jam kerana terlalu banyak sekatan..
Checkin Airasia Bagasi- Imigresen- Kastam-perlu berjalan jauh lebih kurang 15 minit pemeriksaan security- Pemeriksaan tiket dan menaiki pesawat..
2. Makan dulu sebelum masuk ke pemeriksaan imigresen, hanya ada McDonald sahaja fastfood kat sini yang baru buka..
No comments:
Post a Comment