Katakanlah: Kembaralah kamu di atas bumi, dan lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan dengan suatu bentuk; kemudian Allah menjadikannya berbentuk lain dari asal kejadian. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas setiap sesuatu.
(Surah Al-Ankbut : ayat 20)
Showing posts with label Kursus. Show all posts
Showing posts with label Kursus. Show all posts

29 May 2014

Kursus di I-KPKT Bukit Tinggi Part 3

Hari Ketiga


Puan Noridah Jaafar Pegawai Psikologi Kementerian Wanita berkongsi mengenai Pengurusan Marah.

Marah merupakan luahan emosi yang dialami setiap individu. Aura negatif akan menguasai orang yang marah.
Salah satu cara untuk meredakan amarah ialah dengan menggunakan ART terapi. Melukis dan mewarna akan membuatkan kita tenang kerana kita akan luahkan semuanya pada lukisan dan warna.

Firman Allah dalam al-Quran: “Maka bersabarlah kamu dengan sabar yang baik.” 
(Surah al-Ma’arij, ayat 5). 

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan (ingatlah) Allah berserta orang-orang yang sabar.” 
(Surah al-Anfal, ayat 66). 

“Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan sesungguh­nya syaitan itu diciptakan daripada api, dan api hanya dapat dipadamkan dengan air. Oleh itu, jika salah seorang daripada kamu marah, maka hendaklah dia berwuduk.” 
(Hadis riwayat Abu Dawud dan Ahmad).

View daripada tingkap penulis, sebahagian daripada hostel lelaki.
Bas pun dah sampai, maka masa untuk balik.

Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pusat Latihan ni bolehlah melayari:
http://ilpkt.kpkt.gov.my/main.php

28 May 2014

Kursus di I-KPKT Bukit Tinggi Part 2

Hari Pertama

Fasilitator Puan Zuraini Binti Ismail merupakan Pegawai Psikologi JPA. 
Berkongsi mengenai Personal Stress Inventor, Pengenalan stress dan Stress tempat kerja.
Eustress merupakan stress yang mendorong kita menjadi lebih baik/membina..
Contoh: Pegawai A stress kerana selalu diejek kerana gemuk. Dia menggunakan ejekan itu untuk mendorong beliau menguruskan badan dengan bersenam, makan ubat kurus dan sebagainya.
Distress pula stress yang merosakkan diri.
Contoh: Pegawai A putus cinta dan merasa stress yang teruk lalu membuat keputusan untuk mengambil dadah.

“La tahzan innallah ha ma’ana” - “Don’t be sad, Allah is with us” [9:40]

Hari Kedua

Fasilitator Puan Razinah Sohor Pegawai Psikologi JPA.
Berkongsi mengenai Personal Emotional Inventory, Pengurusan Emosi dan Emotional Quotient.
"di luar negara, terdapat sesi berkumpulan dimana pesertanya berkongsi kejayaan/pencapaian walaupun ianya tidak sebesar mana, kerana aura positif pendengar nya memberi kesan baik kepada pencerita, tetapi malang sekali di sini bila berkongsi kejayaan, orang akan berkata ek eleh berlagak betul, poyo dan macam2 lagi.."
Abul Laits Assamarqandi r.a. meriwayatkan dengan sanadnya dari Alhasan berkataNabi Muhammad S.A.W. bersabda maksudnya : "Hasad dan dengki itu keduanya akan memakan habis hasanat sebagai mana api makan kayu."

Emosi merupakan satu pernyataan yang melibatkan reaksi fisiologi dan psikologi.
Emosi :
Marah     Sedih    Takut   Gembira
Sayang   Hairan   Benci   Malu

Cara bernafas:
1.Sedut melalui hidung, tahan, hembus melalui hidung.
-Berlaku ketika tengah marah.
-Boleh dipraktikkan untuk menghilangkan mengantuk.
2.Sedut melalui hidung, tahan, hembus melalui mulut.
-Boleh dipraktikkan untuk meredakan marah.
3.Sedut melalui mulut, tahan, hembus melalui hidung.
-Alasan bagi perokok iaitu merokok boleh menenangkan dan memberi ilham sedangkan cara pernafasan itu yang memberi faedah.
-Biasanya yang aktif berkarya, ahli seniman bernafas sebegini.
-Jika dipraktikkan boleh menambahkan/menguatkan memori dan merangsang otak.
-Amalkan dan ajarlah anak-anak kita.
4.Sedut melalui mulut, tahan, hembus melalui mulut.
-Berlaku bila kita sakit terkena bucu meja, makan cili, mengah naik tangga dan bersalin.
-Praktikkan jika mengalami kesakitan, air liur bercampur udara menghasilkan tindak balas mengurangkan kesakitan pada kita.

Ketua kumpulan dan penulis membentangkan tentang emosi HAIRAN
Kumpulan yang membentangkan emosi GEMBIRA
Dewan makan
Pejabat IKPKT
Abang Otai tengah pilih lagu
Hostel lelaki dan perempuan dilengkapi bilik karaoke dan gym..

27 May 2014

Kursus di I-KPKT Bukit Tinggi

Salam Israk Mikraj..
Penulis pagi ini menuju ke I-KPKT untuk menghadiri kursus yang dianjurkan.


Doa untuk keluarga yang ditinggalkan

أَسْتَوْدِعُكُمُ اللهَ الَّذِيْ لاَ تَضِيْعُ وَ دَائِعُهُ
"Aku titipkan kamu sekalian kepada Allah yang tidak akan hilang titipan-Nya."
(HR. Ahmad 
II/403, Ibnu Majah no. 2825.

Walaupun berat hati terpaksa tempuh jua..Belum pergi dah Stress..

29 October 2013

Kursus Teknik Pengendalian Kamera Video & DSLR


Penulis meninggalkan family untuk berkursus selama 4 hari di bumi Penang.
Hotel Naza Tallya
Kursus yang amat penulis minati dan tunggu-tunggu, maklumlah sekarang ni demam DSLR tetapi penulistak mampu nak beli. Dapat ilmu cara mengunakannya pun jadilah..

Hari Pertama

Sesi Briefing oleh Urusetia dan Cikgu Noor Elkhalidy daripada IKBN
https://www.facebook.com/noorelkhalidy.abdhalim?hc_location=timeline

 Masing-masing tengah belajar setting kamera DSLR

Sesi pembelajaran bermula 

 Bukan mata anda bermasalah tetapi lensa kamera, arahan daripada cikgu

 Kawan Penulis khusyuk melihat gambar melalui kamera
katanajeeb.blogspot.com

Hari Kedua 

 Setelah seharian belajar teori malam ini kami diberikan tugasan untuk menangkap gambar pada malam hari di Night Market, Batu Feringghi. Human Interest, Landscape, Potrait dan Bulb.

 Gambar untuk kategori Human Interest

 Kategori Potrait

 Bulb yang kurang menjadi

 Kategori Bulb

Penat Outing kita minum dulu!!

Kawan-kawan yang Sporting

Hari Ketiga

 Hari Ketiga, kami di bahagikan kepada beberapa kumpulan dan diarahkan untuk membuat sebuah filem pendek. Mentor kami adalah Cikgu sendiri. Cedok ilmu habis-habisan.

Outing untuk video di Padang Kota Lama

 Bahagi-bahagikan tugas

Cikgu merangkap pembantu pengarah

Inilah geng kami

Sebelah petangnya kami Outing pula di Bukit Bendera

Pemandangan di atas Bukit Bendera

 Cintamu mekar dihati

 Rm1.00 sekali tengok tu

 The Owl Museum

 Keretapi lama

 Mempraktikkan ilmu yang dipelajari

 Kaunter tiket di atas bukit

 1923 tak lahir lagi

 Tinggi naik ke atas, tapi keretapi dah moden dan laju

Uncle sempat lagi posing

Kecekapan terserlah

Setelah penat outing singgah dulu di kedai Jeruk Madu Pak Ali

Banyak Ilmu yang penulis cedok daripada Cikgu dan kawan-kawan tapi seperti biasa bila keadaan kelam kabut Automatic penuh juga yang penulis setkan pada kamera. Yang penting cantik.