Katakanlah: Kembaralah kamu di atas bumi, dan lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan dengan suatu bentuk; kemudian Allah menjadikannya berbentuk lain dari asal kejadian. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas setiap sesuatu.
(Surah Al-Ankbut : ayat 20)
Showing posts with label Bukit Tinggi. Show all posts
Showing posts with label Bukit Tinggi. Show all posts

29 May 2014

Kursus di I-KPKT Bukit Tinggi Part 3

Hari Ketiga


Puan Noridah Jaafar Pegawai Psikologi Kementerian Wanita berkongsi mengenai Pengurusan Marah.

Marah merupakan luahan emosi yang dialami setiap individu. Aura negatif akan menguasai orang yang marah.
Salah satu cara untuk meredakan amarah ialah dengan menggunakan ART terapi. Melukis dan mewarna akan membuatkan kita tenang kerana kita akan luahkan semuanya pada lukisan dan warna.

Firman Allah dalam al-Quran: “Maka bersabarlah kamu dengan sabar yang baik.” 
(Surah al-Ma’arij, ayat 5). 

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan (ingatlah) Allah berserta orang-orang yang sabar.” 
(Surah al-Anfal, ayat 66). 

“Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan sesungguh­nya syaitan itu diciptakan daripada api, dan api hanya dapat dipadamkan dengan air. Oleh itu, jika salah seorang daripada kamu marah, maka hendaklah dia berwuduk.” 
(Hadis riwayat Abu Dawud dan Ahmad).

View daripada tingkap penulis, sebahagian daripada hostel lelaki.
Bas pun dah sampai, maka masa untuk balik.

Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pusat Latihan ni bolehlah melayari:
http://ilpkt.kpkt.gov.my/main.php

27 May 2014

Kursus di I-KPKT Bukit Tinggi

Salam Israk Mikraj..
Penulis pagi ini menuju ke I-KPKT untuk menghadiri kursus yang dianjurkan.


Doa untuk keluarga yang ditinggalkan

أَسْتَوْدِعُكُمُ اللهَ الَّذِيْ لاَ تَضِيْعُ وَ دَائِعُهُ
"Aku titipkan kamu sekalian kepada Allah yang tidak akan hilang titipan-Nya."
(HR. Ahmad 
II/403, Ibnu Majah no. 2825.

Walaupun berat hati terpaksa tempuh jua..Belum pergi dah Stress..

13 April 2014

France Theme Bukit Tinggi

Penulis berkesempatan lagi tahun ini menjejakkan kaki ke Bukit Tinggi. 
Colmar Tropicale yang sinonim dengan Taman Tema Perancis dan Kampung Jepun.
Bagi yang nak datang, pandu je sendiri..senang cuma jalan agak  bengkak-bengkok bagai ular yang di palu.
Sediakanlah baju sejuk bagi sesiapa yang kurang tahan dengan cuaca dingin.

Tempat letak kereta

 Bergambar bersebelahan dengan Air Pancut yang merupakan roundabout

 Suasana yang nyaman

 Sepupu penulis yang pertama kali menjejakkan kaki di bumi Semenanjung

 Makcik bersama cucu-cucunya

 Meragam sebab nak makan

 Bersarapan dulu 

 Agak panas kerana matahari mula tegak di atas kepala

 Sahabat penulis yang nbanyak membantu penulis

 Pantang jumpa mesti nak naik

 Gaya, Mutu dan Keunggulan (Bujang lagi)

 Angsa putih mendiami kolam kecil istana ni

Datanglah sendiri, memang menarik dan unik. Tak sangka bangu.nan ini ada di negara kita Malaysia.
Jom cuti-cuti Malaysia.

Rm 12.00 Dewasa
Rm8.00 Kanak-kanak