Katakanlah: Kembaralah kamu di atas bumi, dan lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan dengan suatu bentuk; kemudian Allah menjadikannya berbentuk lain dari asal kejadian. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas setiap sesuatu.
(Surah Al-Ankbut : ayat 20)

20 September 2013

Trip ke Kuching Hari Pertama


Melalui al Quran Allah berfirman dalam 
surah al Isra’ ayat 23: 
“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu 
berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka sekalipun perkataan “Ah” dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia .” 

Melalui hadis yang diriwayatkan al Bukhari, 
Rasulullah s.a.w. bersabda, bermaksud:  
Sabda Rasulullah kepada orang yang bertanya: “Apakah yang engkau perintahkan kepadaku wahai Rasulullah?” Baginda menjawab “Berbaktilah kepada ibumu.” Kemudian kembali  dan bersabda “Berbaktilah kepada ibumu”. Kemudian kembali untuk kali keempat: 
“Berbaktilah kepada ayahmu.” 

 Alhamdulillah petang Jumaat ini penulis bersama keluarga telah berlepas dari LCCT menuju ke Kuching, Sarawak. Ibu dan makcik-makcik penulis turut sama menuju ke Kuching daripada Lapangan terbang Kota Kinabalu.
Penulis bertuah sekali lagi setelah melayari AirAsiaGo penulis dapat flight pergi balik+hotel 3 hari dua malam untuk 3 orang hanya Rm400++

Keadaan dalam pesawat yang masih belum penuh

 Setibanya di Kuching, kami di iringi dengan hujan renyai. Penulis hanya menaiki teksi ke Hotel

 Hotel yang selesa 

 Setelah bersiap-siap, penulis dan family memulakan langkah meronda-ronda Bandaraya Kuching

 Simbol kucing di Kuching

 Walaupun penat berbaloi

 Penambang Kuching

 Snap sekeping dulu sebelum menaiki penambang

 Inilah kali pertama wife dan family Sabah menjejakkan kaki di Bumi Kenyalang

 Menaiki penambang hanya Rm0.50 sehala

 Berada di seberang sungai

 Sempat lagi posing

 Mengunjungi Mira Cake House. Kek Lapis Sarawak
http://miracake.blogspot.com/

 Bertingkek-tingkek kek lapis

Banyak pilihan boleh cuba

Kek Lapis Sarawak terkenal dengan kemanisannya 

 Mengunjungi Kedai Kek Lapis Dayang Salhah pula
http://dayangsalhahkeklapis.com.my/

Memang ramai orang tengah makan di food court ini yang terkenal dengan mee koloknya  

Pemandangan di seberang sana

Banyak cenderahati, boleh pilih-pilih

 Bot yang tengah berehat

 Mak penulis dan kawan beliau

Malam ni penulis membawa family makan di Top Spot Centre Kuching
http://www.sedctourism.com/top_spot.asp

Bagi family merasai sendiri makanan yang hanya ada di Sarawak iaitu umai ikan, umai obor-obor dan sayur midin

No comments: