Katakanlah: Kembaralah kamu di atas bumi, dan lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan dengan suatu bentuk; kemudian Allah menjadikannya berbentuk lain dari asal kejadian. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas setiap sesuatu.
(Surah Al-Ankbut : ayat 20)

14 September 2013

Jakarta,Indonesia Hari 1

Inilah kali pertama penulis menggunakan khidmat AirAsiaGo dan Alhamdulillah penulis telah mendapat flight pergi balik secara percuma.



Penulis dibantu oleh sahabat baik yang telah menghantar kami sekeluarga di LCCT.

Alhamdulillah penulis selamat sampai di Lapangan terbang Soekarno-Hatta International Airport . Inilah kali pertama penulis dan keluarga menjejakkan kaki ke luar negara. Setelah membuat penyelidikan hampir sebulan mengenai jakarta, penulis menghubungi supir atau di Malaysia kita panggil pemandu. Penulis menyewa kereta Avanza bersama supir bernama Pak Anong. 
Setelah melepasi Imigresen Indonesia, keluar sahaja di balai ketibaan nama penulis tercetak di kertas A4  sambil di pegang oleh seorang lelaki 40 an. Rupanya Pak Anong muda dan bukan tua, mind set penulis Pak Anong berusia 50 an ke atas berdasarkan nama "PAK".

Berdasarkan jadual yang penulis buat sendiri, penulis tidak check in hotel dahulu tetapi terus meronda-ronda Jakarta.


Destinasi pertama penulis adalah di Mangga Dua Mall

 Perutpun agak lapar, penulis menuju food court untuk mencari makanan

 Lihatlah sendiri ikan goreng yang dipamerkan

 Penulis mencuba Gurame ataupun ikan talapia. Rupa-rupanya ikan di Jakarta agak mahal, untuk hidangan ini sahaja dah menelan RM30.00. Ikan agak hanyir dan rasanya di goreng bersama kicap.

 Penulis membeli soto ayam untuk anak penulis

 Salah satu papan tanda yang agak berlainan daripada Malaysia. Kiranya dilarang berhenti

 Motorsikal merupakan kenderaan yang paling banyak di Jakarta

 Destinasi kedua Pantai Ancol. Nak Masuk pantai pun kena bayar.

 Pantai Ancol meruapakan salah satu tarikan di Jakarta. Dermaga @ Jeti kerana pantai ini menempatkan kapal-kapal persendirian.

Dermaga Pantai Ancol

Berada di hujung jalan Pantai Ancol

 Merenung jauh ke dasar laut

Remaja ini memberi kebenaran untuk penulis mengambil gambar dia sedang memancing

Kelebihan Jakarta ialah banyak gondola

Gondola Pantai Ancol di tepi laut

Tengah tunggu gondola bergerak

Kita boleh melihat di sekitar Pantai Ancol. Terdapat Taman Impian Ancol di sini yang merupakan taman tema seperti Sunway Lagoon.

Pemandangan jalan raya di atas gondola

Selesai menaiki gondola, penulis menuju ke destinasi berikutnya melalui tepi pantai Ancol

Gong Besar mercu tanda Pantai Ancol

Destinasi 3 iaitu Masjid Istiqlal. Masjid yang terbesar di Asia

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Masjid ini berhadapan dengan gereja

Di luar masjid terdapat lebih sepuluh gerai makan

Terdapat jualan seperti pasar malam

 Masjid ini memang meriah

 Destinasi 4 iaitu Monas (Monumen Nasional)

Lampu Monas ini akan berubah-ubah setiap masa.
Kawasan Monas ini seperti padang yang digunakan oleh warga Indonesia beristirahat bersama keluarga. Basikal dan motor kecil juga di sewa di sini.
Bermacam-macam aktiviti kita dapat lihat disini. Agak pelik apabila Cup Mee Segera di jual sana-sini dan jangan risau hal air panas kerana peniaga membawa bekas air panas sekali.

Gerai makan bergerak di pintu masuk Monas

Pelbagai jenis makanan dihidangkan

Membeli barang kelengkapan di 7-11

Setelah penat berjalan dan hari yang makin lewat malam, penulis Check In di Hotel Ibis Arcadia Jakarta.

Memang selesa dan memuaskan. Jangan lupa bawa Travel Adaptor kerana plug di sini tidak sama dengan Malaysia

Pemandangan menerusi tingkap hotel penulis

Alhamdulillah dapat kupon diskaun untuk bersarapan pagi 

No comments: