Katakanlah: Kembaralah kamu di atas bumi, dan lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan dengan suatu bentuk; kemudian Allah menjadikannya berbentuk lain dari asal kejadian. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas setiap sesuatu.
(Surah Al-Ankbut : ayat 20)

16 September 2013

Jakarta,Indonesia Hari 3


Sebelum subuh lagi dah sampai di Lapangan Terbang Indonesia. 
Perjalanan sepanjang 3 hari di Jakarta amat lancar Alhamdulillah.
Terima kasih kepada Pak Anong Supir kami di Jakarta.
Segala khabar-khabar angin yang kurang enak kita dengar daripada mulut orang mengenai Indonesia amatlah tidak benar. 
Penulis merasakan warga Indonesia peramah dan baik-baik.


Tips ke Jakarta:

1. Rancang perjalanan jika hendak ke Jakarta, kalau boleh pastikan bukan waktu cuti umum/sekolah mereka dan jangan juga pergi semasa hari bekerja kerana MACET/Jem yang maha teruk. Nanti masa anda terbuang di atas jalan raya sahaja.
2. Tukarlah mata wang rupiah di Malaysia terlebih dahulu. 
3. Pastikan anda menyimpan 100000 ribu rupiah bagi setiap seorang semasa balik nanti kerana anda perlu membayar cukai lapangan terbang. Cukai ini tidak termasuk dalam pembelian tiket anda bersama syarikat Kapal Terbang.
4. Bawalah Universal Plug kerana plug mereka tidak sama dengan Malaysia.
5. Sewalah kereta dan Supir kerana ianya lebih menjimatkan daripada menaiki teksi.
6. Kos makanan memang tinggi sebab itu mereka lebih suka makan di gerai-gerai tepi jalan daripada restoran atau di food court.
7. Jika anda mempunyai kos lebih, berkunjunglah ke Bandung.
8. Banyakkanlah bersedekah di sini kerana memang banyak orang yang fakir dan miskin.
9. Berhati-hati bila membawa beg, pastikan meletakkannya di sebelah depan. Passport dan barang di dalam beg akan hilang tanpa anda sedar. (Janganlah memakai barang kemas)
10. Jangan pelik bila Supir tidak akan makan dengan anda, ini merupakan budaya mereka.



Ini nombor supir Pak Anong : 
+62 87883415060
+62 81318140221 

No comments: