Katakanlah: Kembaralah kamu di atas bumi, dan lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan dengan suatu bentuk; kemudian Allah menjadikannya berbentuk lain dari asal kejadian. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas setiap sesuatu.
(Surah Al-Ankbut : ayat 20)

15 September 2013

Jakarta,Indonesia Hari 2

Hari kedua bermula awal pagi lagi

Laluan ke lif hotel

Menggunakan Kupon Diskaun bersarapan di hotel

Cafe yang agak selesa dan bersih. Bersarapan ala Barat yang penting halal

Luar hotel IBIS Arcadia. Memang banyak hotel IBIS di Jakarta ni jadi anda perlu tahu IBIS yang mana satu bukan Iblis dahler yea..

Bersebelahan Hotel penulis

Pak Anong mengambil penulis pada pukul 9 Pagi tepat seperti yang dijanjikan. 
Stesyen minyak Pertamina

Masih lagi menggunakan khidmat pekerja pam dan setiap pam mempunyai mesin kad kredit seperti di Pasaraya tu..A ah mesin swipe yang besar tu.

Destinasi pertama penulis ialah Taman Mini Indonesia. 
Masuk dan parking dikenakan bayaran

Pemandangan sebelum memasuki Taman Mini

Tugu...ntah penulis pun dah lupa

Pintu gerbang Taman Mini

Benar! Indonesia memang banyak skylift ataupun gondola

Beratur untuk menaiki gondola. 
Gondolapun dikenakan bayaran

Anak penulis tengah tidur pada masa ini

Lucky No 05. 
Gondola agak usang berbanding gondola di Pantai Ancol

http://www.tamanmini.com/

Taman mini merupakan taman kebudayaan bangsa-bangsa di Indonesia. Anda boleh melihat replika bangunan mengikut suku kaum dan setiap bangunan tersebut mempunyai muziumnya yang sendiri. 
Setiap rumah yang anda lawati anda akan dihiburkan dengan tarian dan muzik suku kaum tersebut.
Penulis hanya menaiki gondola untuk mengelilingi kawasan di Taman Mini ini
Layankan sahaja gambar di bawah kerana penulis sendiri tidak tahu bangunan tersebut mewakili kaum apa..





68 Tahun Merdeka Indonesia Raya

Ramai warga Indonesia tengah berpiknik pada hari ini, maklumlah cuti

Berada di depan Rumah Bali

Pak Anong membantu mengambil gambar

Abang ini menggunakan besi panas untuk mengukir nama di atas keychain kayu

Sambil berehat, penulis sempat melihat gelagat anak beruk yang bijak bermain dan meminta duit

Anak penulis yang teruja

Menuju ke Kota Jakarta. 
Sinting dan miring dalam bahasa Sabah sama erti dengan gila

Terdapat pintu bas yang agak tinggi, penulis pun rasa pelik

Ini kerana stesen bas di sini tinggi-tinggi belaka

Destinasi kedua Tanah Abang. Syurga membeli-belah di Jakarta
Murah dan banyak pilihan
http://en.wikipedia.org/wiki/Tanah_Abang

Sebelum shopping kita makan dulu. 
Waktu cuti memang ramai warga Indonesia membeli-belah di sini
Nak cari tempat makan pun susah

Ayam penyet untuk santapan tengahari

Setelah puas shopping, destinasi ketiga ialah Gelora Bung Karno
http://www.gelorabungkarno.co.id/

Biasanya hanya melihat perlawanan akhir Malaysia VS Indonesia di kaca televisyen, kini penulis dah menjejakkan kaki sendiri di sini

Salah satu pintu masuk ke dalam stadium

Tiada makanan yang lebih baik daripada hasil usaha tangan sendiri. 
(HR. Bukhari)

Sesungguhnya Allah suka kepada hamba yang berkarya dan terampil (professional atau ahli).  
Barangsiapa bersusah-payah mencari nafkah untuk keluarganya maka dia serupa dengan seorang  mujahid di jalan Allah Azza wajalla. 
(HR. Ahmad)

Destinasi terakhir penulis pada hari ini adalah Grand Indonesia Shopping Town.
Anda perlu melalui pintu scan badan sebelum memasuki mall ini dan jika anda berpakaian seperti pengemis anda tidak akan dibenarkan untuk masuk!

Memang mewah dan barangan di sini agak mahal

Di dalam bangunan Grand Indonesia Shopping Town

 Water Fountain

Malam ni penulis hanya take away KFC untuk makan malam
KFC disini disajikan bersama nasi putih (kosong)
di Malaysia hanya ada Nasi Ayam

Menunggu Pak Anong di luar Mall

Isteri penulis yang mengukur bangunan Tanah Abang, anak pula yang letih

Astaga!!

 Mencuba Sate Indonesia

 Anak muda mencari rezeki

No comments: