“Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah, dan orang-orang yang kafir berperang di jalan thaghut, sebab itu perangilah kawan-kawan syaitan itu, Kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu lemah.” (Q.s. an-Nisa': 76)
http://amazingnara.com/gambarlima bangunan-paling-seram-di-malaysia
Bilik penulis di sebelah kiri gambar ini.
Tingkat atas sekali sebelah kiri
Awalul Kisah
Penulis amat sedih bila melihat blog-blog memaparkan cerita mengenai Riviera. Riviera dah menjadi tempat pertama dalam bangunan paling seram di Malaysia.
Pembetulan kepada semua, Riviera bukan Apartment tetapi Kondominium.
Penulis hampir setahun setengah bersama kawan-kawan seperjuangan menginap di Riviera ini kerana ianya hostel bagi Kolej Penulis iaitu Kolej Yayasan Pelajaran MARA yang juga berkongsi hostel dengan Kolej Universiti Islam Malaysia. Meriah dengan pelajar-pelajar daripada 2 buah Kolej.
Bermulanya di sini penulis bersama 10 teman yang lain menghabiskan masa belajar dan bermain bersama. Banyak pengalaman suka duka pahit maung dirasai. Geng Bilik 8.18 Riviera.
Ditengah tengah Kondominium ini terdapat kolam renang yang menjadi tempat penulis dan kawan-kawan melepaskan tension pada waktu tengah malam.
Seram
Sebelum Kondominium ini menjadi terbiar dan usang lagi, penulis dan kawan-kawan sendiri telah merasai gangguan-gangguan yang berlaku. Setiap malam akan ada sahaja pelajar perempuan yang histeria. Memang bermacam-macam cerita yang diturunkan oleh abang-abang senior yang menambahkanlagi keseraman tempat ini.
Lif
Pada waktu malam lif akan terbuka tetapi tiada siapa yang keluar daripada lif. Bilik penulis di sebelah lif. Kawan-kawan yang lainpun hanya buat tak peduli bila hal ini berlaku.
Burung Hantu
Pada tiap malam, burung hantu akan berbunyi di luar tingkap tetapi burungnya tak pernah kelihatan.
Lembaga Hitam
Penulis memang selalu dengar kawan-kawan bilik lain mengadu tentang hal ini tetapi peristiwa yang penulis tidak boleh lupakan bila penulis berada di Kolam Mandi bersama semua kawan sebilik. Penulis terlihat susuk tubuh di atas beranda bilik penulis yang disaksikan juga oleh sahabat penulis. Pintu berkunci kerana semua turun ke bawah.
Pintu
Pintu tutup dan terbuka sendiri tanpa angin. Beberapa kali buka tutup sehingga 6 orang sahabat penulis tidur berhimpit-himpit. Setelah penulis tegur baru berhenti.
Kawan
Kawan A tidur bersama kawan B tetapi keesokan harinya rupa-rupanya kawan B tidur di bilik sebelah.
Jadi siapa yang temankan malam itu??
Histeria
Sewaktu penulis hampir menjejakkan kaki ke alam mimpi, penulis dikejutkan oleh kawan serumah. Rupa-rupanya di bilik berhampiran, seorang perempuan yang juga kawan penulis telah diserang histeria. Penulis menggunakan ilmu yang ada untuk mengusir benda yang menggangu. Bila azan sahaja penulis dan kawan-kawan yang lain akan dengar suara di telinga masing-masing suara dengan bahasa yang pelik. Garau dan serak. Setelah hampir 3 jam berperang akhirnya penulis dan rakan-rakan berjaya menghalau benda yang mengganggu. Di tabir tingkap,penulis melihat sendiri bebola angin keluar daripada rumah perempuan yang kena histeria tu. Disaksikan sendiri oleh Puan Laili Warden perempuan.
Maksud : Aku berlindung dengan wajah Allah yang Maha Mulia dan dengan Kalimat-Kalimat Allah yang Sempurna yang tidak ada “melampauinya” segala kebaikan mahupun keburukan dari kejahatan apa yang masuk ke dalam bumi dan apa yang keluar darinya dan dari kejahatan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepadanya. Dan dari kejahatan fitnah di malam dan siang hari dan dari kejahatan jalan-jalan dimalam dan siang hari, kecuali suatu jalan yang dilalui dengan kebaikan, wahai yang Maha Penyayang.
(Ta’awudz (doa perlindungan) diatas diajarkan oleh Malaikat Jibril a.s kepada Rasulullah SAW ketika malam Isra’ dan Mikraj. Ketika itu Nabi SAW dihadang oleh jin ifrit yang diutus oleh iblis yang membawa obor untuk membakar Nabi Muhammad SAW. Lalu Rasulullah membaca doa perlindungan tersebut sehingga ifrit tersebut kalah menyingkir
(H.R Iman Al-Bukhari)
Wallahualam, jangan biarkan diri anda diselubungi oleh misteri
17 comments:
Tahun bila tinnggal di sana.. Saya tinggal disana 1998-1999
Tahun bila tinnggal di sana.. Saya tinggal disana 1998-1999
Saya tahun 98 stdn Lagend international school
Pada tahun 2002-2004
Saya tinggal di reveira tahun 2003-2004...masa tu yg duduk kat kondo tu pelajar kuim skrg dipanggil USIM dgn Cict...
Sy juga bekas penghuni rivera..ex student CICT, bnyk juga pengalaman pahit manis di kondo tu..ada kes cermin kaya pecah 1000 tp x siapa sedar, esok hri bru nmpk, bilik sy d hujung bngunan berseblhan lif, lif kerap terbuka ttp tp x de org, yg pling tragik, lif naik ke tingkat x berpenghuni stu mlm tu..mmg seramm sgt..bilik2 kmi pun penuh dgn bawang putih dan ladam kuda..huhuhu..selebihnya Allah yg tahu..
Tahun bila ddk situ? Sy 2006, cict jugak..tp masa tu duduk situ heaven ja.. sbb pejabat agama selalu dtg. Ye la dah rumah laki pompuan semua sebelah kan.. xda pulak seram2.. haha
Pernah tinggal sana juga .2006 . Kptm. Rumah besar, selesa. Tapi tengah malam memang akan bunyi alih2 perabot dari bilik atas. Setiap hari. Dan kalau naik lif rasa seram.
Sy pernah tinggal di revera.. sepanjang sy duduk di ctu tiada pulak yg menyeramkn. Cuma kadang2, Ada lh yg kena sampuk cuma keadaan terkawal. Bnyak kenangan di kondominium revera
Sy dulu blajar di cict.. bnyak kenangan di revera Dan pljar kuim. Alhamdulillah tiada apa2, yg berlaku.. Tak tahu pulak revera dh tiada penghuni.. sy bljar sekitar tahun 2004
Assalamualaikum semua,
Saya adalah batch pertama yang menghuni Kondo Riviera II 1997-1999. Pada masa tu ia hostel untuk bagi program matrikulasi IPTA utama dibawah kendalian Kolej PTPL Ampang, seperti UKM, UMS, USM, UPM dan kemudian masuk pelajar KYPM Cheras dan Legend Hotel School (kami anggap mereka ini agak sosial dan tidak bercampur). Asalnya bangunan ini begitu cantik. Hari pertama saya daftar masuk, bangunan ini seperti baru siap, bilik-bilik kami masih berpasir dan habuk simen. Semi-furnished. Sudah ada almari besar. Sauna dan kolam renang berfungsi dengan sempurna. Surau pertama kami di ground floor, corner atas kanan side Sauna, kemudian bila jemaah semakin ramai kami mohon bilik baru, corner kanan bawah dijadikan surau baru sempena Ramadhan 1998 jika tak silap. Artis, akak Amy Mastura antara penghuni awal yg sedia ada masa kami mula masuk. unit kondonya tingkat atas sekali. Tapi lepas tu dia berpindah mungkin xde privacy satu budak2 ni suka pegi rang bell rumah dia heheh
Berhantu? Mistik? Sepanjang tinggal 2 tahun tak rasa Kondo ini seram atau berhantu. Alhamdulillah.. ia satu hostel yang menyeronokkan. Saya ni jenis kaki merayau dari bilik ke bilik, tingkat ke tingkat, termasuk ke luar kawasan Reviera tak kira siang atau malam. Waktu itu pak guard org tempatan (org Perlis sorang).
Alhamdulillah..suasana waktu itu langsung tidak seram. Malah happiness dan ceria. Hampir semua unit dipenuhi pelajar dan pensyarah fellow asrama. Koridor diterangi lampu neon kuning, bilik saya mengadap terus ke Pandan Indah, jauh di ufuk nampak kelipan lampu atas bukit. Kawan2 kata itu Genting Highlands.
Dalam kondo asalnya lampu neon kuning yang tak sesuai untuk kami sebagai pelajar mentelaah atau study/ study group/home work. So ada yg bwk table lamp, ada yg modified letak lampur kalimantang. Kemudian kami mula explore lobby bawah untuk aktiviti study group, discussion, riadah, tp tiada pun masalah sosial yang diketahui mungkin masa itu tiada mobile phone, tiada pengaruh bukan2. kebanyakkan yg dtg dr kampung2, pelusuk tanah air. Alhamdulillah semuanya elok. ada lah 1-2 kes terpencil.
Bas awam yang lalu kawasan itu - Bas Mini No56, City-Liner 174, Intrakota (tak ingat no.) semua base laluan Taman Muda. Kemudian bila LRT Ampang dibuka, 1998 Sukan Komanwel, bermula lah pengalaman baru naik rel transit. Bas2 mini mula ditamatkan dan dijadikan bas pengantara ke stesen LRT Cempaka. Di cat dengan warna biru dengan logo STAR merah (LRT Line Ampang + Seri Petaling dikenali sebagai LRT STAR).
Berkaitan lif suka terbuka, naik sendiri ke aras dan tutup? Pada awal masa kami mula masuk, tak semua lif dibuka untuk service. Hanya lif angkut barang. Lif brand Toshiba, 2 lagi lif biasa dibuka selepas beberapa bulan bila kapasiti pelajar semakin ramai. Itupun kena beratur bila peak hours (waktu pagi 7.30-8.00, petang 5-5.30ptg). Dari awal kami mula duduki lagi lif ini bukan berhantu tetapi masalah controller. Randonly lif ni akan bergerak sendiri kemudian terbuka lepas tu akan turun ke ground floor semula. Pihak management beberapa kali telah lock/ auto system nya. tapi memandangkan kalau begitu service nya akan sgt slow dan tk sync dgn lif satu lagi.Pandangan sy ia bukan isu mistik.
Pada zaman itu kampung terdekat di belakang Reviera II/I ialah Kg Ampang Campuran. Dikatakan artis Awie pernah tinggal di situ. Kami pernah meredah mencari air ketika krisis bekalan air paling lama masa tu hampr 2 minggu hingga ke masjid besar selepas kampung tu. Jalan Cheras agaknya. pernah di halau oleh tok siak sbb ada yg dtg pelajar yang dtg bulan tapi selambe masuk masjid utk cari air.. hehehe
Sumber makan? tiada kedai besar, hanyalah warung2 org tempatan dan abg2 indon. Masakan ok. murah. Tkde la yg senak perut cirit birit. Seketika pelajar Legend Hotel pernah jalankan kafeteria ground floor tu, kbykan Sarawakian, Sabahan. Tp sekejap lepas tutup semula.
Shopping mall? tiada apa yg havoc masa tu hanya ada Sunshine di Menara Maxisegar, pelajar perempuan je rajin ke situ. Kebanyakkan kami ke Ampang Point lepas kelas atau sebelum balik ke kondo. Sebelum ada lebuhraya di sisi kanan, MRR2 jika tak silap.. kawasan tu memang tak sibuk mana. best dan tenang.
Kesimpulannya Riviera II bukan tempat menggerunkan, mistik atau berhantu asalnya. Ia sebuah komuniti anak2 Melayu dan Bumiputera Sabah Sarawak dtg untuk mencari ilmu, kali pertama jejak Kuala Lumpur, jadi suasana harmoni dan terpahat sebagai kenangan manis. Tak lupa pad kedai dobi untie chinese tu yg murah je, dan kedai runcit akak Indian.
Catatan ini sebagai kenangan manis. dan bukti bahawa Riviera pernah menjadi kenangan manis dan menghimpunkan kami alumni awal Matrikulasi IPTA dibawah francais Kolej PTPL (MSU Group). Mungkin selepas dari itu dan ketika bangunan ini di abandoned, wallahulam
-ex Unit 9.XX & 3.XX The Riviera II 97-99
* pembetulan, kampung di belakang Riviera tu Kg Cheras Baru. Menyusuri kampung itu akan tembus ke Masjid Jalan Cheras? Ampang Campuran ialah laluan bas kami dr Riviera ke Ampang Point. Saya catat ini berdasarkan ingatan masa itu. Jadi sekarang ni tak pastilah apa nama tempat2 ini.
Betul...best duduk sini....Mula2 sampai Faridah Tomyam jea ada ka situ.....saya setuju tiada hantulah...saya duduk 11.01 lepas tu kena turun 2.07 sebab PTPL Selaraskan semua perempuan kat atas..time tiada air..ramai beratur. kami mula2 mandi kat bilik bomba...last2 kami ada transport member kami ada kereta..so sembahyanglah kami kat MASJID belakang...UPM PTPL BATCH 1997/98
En Mior Kenai dak
Saya pun duduk kat Riviera II..matriks Usm..1997-1999..ada satu malam tu riuh rendah budak2 lelaki kejar satu lembaga..dia org Kata org minyak..dia org jerit suruh student perempuan masuk unit masing2..apa pun memang seronok tinggal sini..teringat pagi2 Naik bad Annamalai pergi kuliah kat PTPL..
Same pernah stay thun 1998 PTPL AMPANG sblum naik ke kampus d shah alam thun 1999.. mewah sgt time tu. Meriah.. stay tingkat 13 lg
Post a Comment