Katakanlah: Kembaralah kamu di atas bumi, dan lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan dengan suatu bentuk; kemudian Allah menjadikannya berbentuk lain dari asal kejadian. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas setiap sesuatu.
(Surah Al-Ankbut : ayat 20)

10 June 2014

Kenanga Whole Sale : Crazy Sale

Kenanga Whole Sale merupakan Mega Mall yang menyerupai konsep GM Klang. 
Mall ini berhampiran dengan stesen LRT Hang Tuah atau land mark yang terkenal adalah di Penjara Pudu.
Menjual pelbagai barang borong dengan harga yang amat murah dan lagi murah jika anda membeli dengan kuantiti yang banyak.
Kenanga Whole Sale mengingatkan penulis dengan Mall Tanah Abang di Jakarta, Indonesia.


Ini dah kali  ke 4 Penulis menjejakkan kaki ke Mall ini.

Crazy Sale telah berlangsung di Aras 15 Kenanga Mall yang telah berakhir pada 8 Mei 2014 Ahad lepas.
Para pengunjung di kehendaki untuk mendaftar secara percuma dan akan diberikan pelekat Visitor manakala nombor siri pendaftaran akan dijadikan nombor untuk cabutan bertuah nanti.

Pertama kali menjejakkan kaki ke Tingkat 15, kipas angin yang sangat besar umpama kipas helikopter.

Rata-rata barang yang ditawarkan 50%-70% lebih murah daripada harga pasaran.

Kehadiran badut bersama belon serta menyajikan pertunjukan silap mata menambahkan lagi kemeriahan Crazy Sales ini

Pameran Fesyen juga diadakan. 
Kesemuanya fesyen ala baju kurung dan blouse wanita

Booth yang menjual pelbagai barangan

Kini tak perlu lagi ke Luar Negara semuanya ada di Malaysia.


Masa Operasi :

Ahad - Khamis : 10AM - 7PM

Jumaat,Sabtu & Public Holiday : 10AM - 8PM

Isnin - Ahad : 10AM - 8PM(Ground Floor Only)

No comments: