Dah hampir separuh tahun 2014 dah kita lalui.
Sedar tak sedar budak sekolah pun tengah bercuti selama 2 minggu ini sempena cuti pertengahan penggal.
Penulis ingin berkongsi sedikit pengalaman aktiviti mencari pepahat bagi yang tidak tahu bagaimana nak menghabiskan masa cuti sekolah ini bersama family terutama sekali anak-anak.
Berilah mereka pengalaman yang berharga yang tidak akan diajar dimana-mana kelas dan sekolah.
Telah diriwayatkan daripada ‘Abdullah (RA) yang Rasulullah (SAW) bersabda:
“Setiap dari kamu adalah pengembala dan bertanggung-jawab untuk biri-biri nya. Pemimpin yang memimpin manusia adalah pengembala dan bertanggung-jawab atas mereka. Lelaki adalah pengembala untuk ahli rumahnya dan bertanggung-jawab atas mereka. Perempuan adalah pengembala atas rumah dan anak-anak suaminya dan bertanggung-jawab atas mereka. Hamba adalah pengembala atas harta tuannya dan bertanggung-jawab atas harta itu. Setiap kamu adalah pengembala dan setiap kamu adalah bertanggung-jawab atas biri-biri kamu.”
Riwayat oleh al-Bukhaari, 2416; Muslim, 1829.
Pantai Kelanang merupakan pantai yang berada di Morib, Banting Selangor.
Pantai yang luas dan mendatar.
Hanya lebih kurang 50 Km daripada Putrajaya.
Tempat yang sangat sesuai untuk aktiviti mencari pepahat.
Bagi yang berminat pastikan anda membuat semakan dulu air pasang surut.
Aktiviti mencari pepahat hanya boleh dilakukan semasa air surut.
Hanya bermodalkan Rm 1.50 anda boleh mendapat berkilo-kilo pepahat dalam masa setengah hari.
Benda yang wajib ada :
1. Batang lidi
2. Kapur makan tu..Bukan kapur tulis pula
3. Baldi
Pakailah topi, lotion dan lengan panjang kerana cuaca agak panasserta jangan lupa untuk bawa air minuman bersama.
Pemandangan Pantai Kelanang
Beginilah postur badan untuk mencari pepahat..memang sakit belakang juga
Penulis bersama beg berisi air
Sahabat penulis yang dah penat..cari dalam keadaan duduk je
Boleh bawa anak-anak anda, selamat InsyaAllah
Adik ipar penulis mencuba teknik yang diajarkan oleh penulis
Alhamdulillah pepahat dah keluar dari pasir
Sikit-sikit pepahat lama-lama berkilo-kilo.
Pepahat ni rebus pun sedap tetapi kebiasaannya orang masak goreng bercili.
Selamat mencuba!!
Isilah masa anda dengan aktiviti yang berfaedah.
Rasulullah S.A.W bersabda dalam hadits Abdullah bin Mas’ud R.A,
“Tidak akan beranjak kaki anak Adam pada Hari Kiamat dari sisi Rabbnya sampai dia ditanya tentang 5 (perkara) : Tentang umurnya dimana dia habiskan, tentang masa mudanya dimana dia usangkan, tentang hartanya dari mana dia mendapatkannya dan kemana dia keluarkan dan tentang apa yang telah dia amalkan dari ilmunya”.
(HR. At-Tirmizi)
No comments:
Post a Comment