Katakanlah: Kembaralah kamu di atas bumi, dan lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan dengan suatu bentuk; kemudian Allah menjadikannya berbentuk lain dari asal kejadian. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas setiap sesuatu.
(Surah Al-Ankbut : ayat 20)

26 June 2014

Lawatan dan Sumbangan ke Rumah Pengasih Warga Penyayang

Alhamdulillah pada waktu rehat tadi, Penulis dan kakitangan dimana penulis bekerja telah mengadakan lawatan ke Rumah Pengasih Warga Penyayang yang terletak di Kajang Selangor. Mudah-mudahan dengan sedikit bantuan ini dapat meringankan beban Rumah Pengasih ini.

Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
“Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim serta orang-orang miskin.”
(Al-Baqarah: 83)

Daripada Abu Ummah diceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya.” 
(Hadis riwayat Ahmad) 

Penulis tidak menulis warkah ini untuk riyak atau menunjuk-nunjuk kebaikan cumanya ada  perkara yang perlu diteladani melalui perbuatan. Juga penulis ingin menunjukkan kepada pembaca tentang kedaifan sesetengah rumah-rumah kebajikan yang kita perlu ambil tahu dan kisah.

Pemunggahan barangan keperluan, Rumah Pengasih ini juga menerima apa sahaja yang ingin didermakan.
Kami disambut oleh DJ bertugas
Barangan sedekah seperti beras, gula, kordial, mee hun dan juga pakaian terpakai.

Kami Warga Prihatin
Sesi taklimat oleh Petugas Rumah Pengasih 
Sahabat penulis selaku Ketua Rombongan memberikan kutipan derma disusuli dengan akad
Adik-adik penghuni Rumah Pengasih yang baru sampai daripada sekolah
Adik-adik yang bersopan santun dan berdisiplin
Penulis bersama adik penghuni Rumah Pengasih ini
"Adik tengok kamera"
Salah satu perniagaan Rumah Pengasih ini bagi menampung kos operasi rumah tersebut. Rim dan tayar kereta dijual mengikut harga yang dipersetujui.
 
Bilik mengecat kereta yang juga digunakan untuk tempat perbincangan penghuni rumah ini.

Bangunan ini disiapkan sendiri secara berperingkat. Hampir kesemua barang ini adalah barangan terpakai dan ada juga yang diwakafkan oleh bukan Islam
Bilik ICT yang diwakafkan oleh orang kenamaan. InsyaAllah jika ada peluang dan masa mengizinkan, penulis berharap dapat berkongsi ilmu mengenai ICT di sini.

Ruang bilik untuk aktiviti menonton wayang dan aktiviti permainan alat musik
Bilik untuk taska dan sudut membaca

Naik ke tingkat 2

Melalui bawah atap untuk menuju ke destinasi seterusnya
Bilik dimana sukarelawan menginap. Ada sukarelawan yang sanggup menjual rumah banglo dan hasilnya disumbangkan ke Rumah ini yang hanya menginap di bilik sempit dan kurang selesa ini. 
Semoga Allah menerima pahala sukarelawan-sukarelawan ini dan memberi ganjaran yang hebat di akhirat kelak

Pembinaan masih dijalankan
Pandangan daripada atas

Memasuki tempat tidur penghuni lelaki
Berada betul-betul di bawah atap zink yang panas

Ruang tidur yang sempit memuatkan 2-3 orang dalam satu ruang
Adakah kita sanggup anak-anak kita tidur seperti diruangan ini? Bantulah mereka..mereka juga anak-anak kita
Ruang tandas yang akan dibina

Siang yang panas dan malam yang sejuk. Ya Allah...

Ruang dimana anak-anak ini berkumpul jika cuaca di bilik tidur terlalu panas
Sebahagian penghuni
Bantulah kami
Aktiviti lawatan telah tamat, rombongan diiringi nyanyian nasyid dan bersalam-salaman.
Sebak di dada Allah sahaja yang tahu. Semoga Allah mempermudahkan hidup mereka dan memberi kejayaan di akhirat.

Bagi yang ingin menyumbang dari segi ilmu dan harta bolehlah menghubungi no telefon di bawah.

Lot 8558, Jalan Pegawai Sungai Ramal Baru
43000 Kajang Selangor
Telefon :019-5588940
URL:www.prihatin.net.my
Facebook : Warga Prihatin

19 June 2014

Mega Bazaar 2014

Firman Allah s.w.t:  
Maksudnya: “... Dan Allah menghalalkan jual beli (al-Bay') dan mengharamkan riba”. 
 (Surah al-Baqarah, 2:275)

"Sembilan persepuluh sumber rezeki (boleh diperolehi) melalui perniagaan"
(Hadis Riwayat Tirmizi)

Bagi yang berkelapangan minggu ini, satu Bazaar terbesar akan diadakan di MAEPS Serdang selama 2 hari pada 21-22 Jun 2014.
Dijangka 200 Ribu pengunjung akan membanjiri Bazaar tersebut.
Bawalah bersama payung bagi mengurangkan sinaran panas matahari dan bawalah kamera kerana hampir 50 artis akan turut berniaga.




Untuk maklumat lanjut sila layari :

18 June 2014