Katakanlah: Kembaralah kamu di atas bumi, dan lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan dengan suatu bentuk; kemudian Allah menjadikannya berbentuk lain dari asal kejadian. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas setiap sesuatu.
(Surah Al-Ankbut : ayat 20)
Showing posts with label Cameron Highland. Show all posts
Showing posts with label Cameron Highland. Show all posts

03 February 2014

Cameron Highland Part 2



Cuba bayangkan pukul 8 pagi tapi bercuaca 12 Darjah Celcius..memang bergegar kepala lutut..
Nasib baik hotel ada pemanas air kalau tak lagak P.Ramlee gamaknya, cuci mata je laa..


Penulis Checkout dan bersarapan di Orchid Food Corner..Macam-macam ada..
Sebelum ini penulis beranggapan harga makanan di Cameron Highland agak mahal yealah seperti sepupunya Genting Highland..Namun semuanya salah, harga makanan di Cameron Highland agak berpatutan 
(Mahal lagi makanan di Cyberjaya)..

Memang banyak tempat untuk dilawati di sini. Penulis memulakan lawatan ke Ladang Strawberry. Strawberry memang sinonim dengan Cameron Highland. Penulis agak kurang tertarik untuk melihat Ladang Strawberry memandangkan penulis pernah ke Ladang Strawberry di Tasik Beris Sik Kedah. Penulis lebih tertarik dengan pokok kaktus,bunga-bungaan dan benda pelik yang dijual di sini.

Cuaca yang sejuk dan perut yang kenyang maka hasilnya mengantuk. Anak penulis tengah tidur masa ini.

Inilah pandangan atas Ladang Strawberry.

Buah Strawberry memang fresh dan murah.

Pemandangan seperti Kundasang Sabah.

Taman Uncle Sam, lebih kepada bunga-bungaan dan kaktus.

1 for RM8, 2 for RM15..Memang murah.

Pokok bunga Ros hanya RM12.

Borong-borong Cik Kak.

Selfie bersama anak.



Di hadapan Strawberry Corner. Pelbagai produk dan cenderamata berkaitan Strawberry ada dijual.
Penulis menuju ke Kuala Lumpur melalui Tapah dan kesudahannya seplastik isi perut. Hahahaha. Rupanya Penulis tersalah ikut jalan sepatutnya penulis mengikut jalan Simpang Pulai.
Namun atas kesulitan yang dilalui Penulis tertarik dengan sebuah air terjun iaitu Lata Iskandar.

http://www.mdtapah.gov.my/lata-iskandar

Tip-tip Penulis:
1. Rancang perjalanan ke Cameron Highland dan booking awal-awal penginapan terlebih dahulu.
2. Pastikan kereta telah di servis terlebih dahulu terutamanya clutch dan brek.
3. Jika ingin menginap cubalah hotel di sekitar Brinchang kerana pada malam minggu terdapat Pasar Malam di sekitar kawasan tersebut.
4. Bawalah sendiri kelengkapan untuk ke tempat sejuk, lebih jimat. (Jaket, Baju Tebal, Stokin, DLL)
5. Pilihlah jalan melalui Simpang Pulai, jalan ini kurang bengkang-bengkok dan kurang risiko untuk berlaku kemalangan.





31 January 2014

Cameron Highland Part 1


Chinese New Year Kembali lagi. Kali ni penulis balik kampung isteri di Tanah Merah, Kelantan.

Setiap Pagi Jumaat, berdekatan Stesen Bas Tanah Merah akan menjadi meriah kerana adanya Pasar Tani. Apalagi jom...!!

Adik kepada Abang Ipar penulis telah selamat di ijab kabul dan pada hari ini majlis menyambut menantu di lakukan di


Ya Allah
Kami memohon restumu, berkatilah majlis ini,
limpahkan barakah dan rahmat ke atas pasangan suami isteri ini,
jadikanlah rumah tangga mereka aman dan bahagia,
dalam ketaatan terhadapmu,
kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah,
serta berikanlah ketenangan kepada mereka didunia dan akhirat,
sempurnakanlah agama mereka dengan berkat perkahwinan ini.
Amin.


Bulan ini memang agak pelik kerana di bahagian Utara dan Timur Semenanjung Malaysia mengalami cuaca sejuk. Bayangkan lebih kurang pukul 11 Pagi tapi cuaca di sini 20 Darjah Celcius.

2 Februari 2014

Penulis dan keluarga bergerak pulang daripada Kelantan dan singgah sebentar di Masjid Muhammad Tengku Faiz Petra, Gua Musang. Setelah bersolat Asar penulis membuat keputusan untuk menuju ke Cameron Highland walaupun tanpa perancangan rapi. 


Alhamdulillah, bukit-bukau dan kelam malam dilalui akhirnya setelah hampir 3 jam memandu, penulis dan keluarga menjejakkan kaki pertama kali di Cameron Highland. Cuaca memang sejuk dan malang sekali kelengkapan untuk berada di tempat sejuk penulis tidak membawanya lebih awal lagi.

Terpaksa membeli baju sejuk untuk kami sekeluarga. Nasib baik harga amat berpatutan 

Malam ini penulis sempat makan malam di sebuahkedai steamboat tetapi penulis hanya memesan makanan bergoreng sahaja

Hampir 20 buah hotel dan chalet Penulis kunjungi, tiada satupun yang available memandangkan masa ini Perayaan Tahun Baru Cina maka ramai yang bercuti disini. Alhamdulillah dengan berkat kesabaran, penulis berjaya mendapat sebuah bilik di Tanah Rata dengan RM50.00 satu malam.