Cuba bayangkan pukul 8 pagi tapi bercuaca 12 Darjah Celcius..memang bergegar kepala lutut..
Nasib baik hotel ada pemanas air kalau tak lagak P.Ramlee gamaknya, cuci mata je laa..
Penulis Checkout dan bersarapan di Orchid Food Corner..Macam-macam ada..
Sebelum ini penulis beranggapan harga makanan di Cameron Highland agak mahal yealah seperti sepupunya Genting Highland..Namun semuanya salah, harga makanan di Cameron Highland agak berpatutan
(Mahal lagi makanan di Cyberjaya)..
Memang banyak tempat untuk dilawati di sini. Penulis memulakan lawatan ke Ladang Strawberry. Strawberry memang sinonim dengan Cameron Highland. Penulis agak kurang tertarik untuk melihat Ladang Strawberry memandangkan penulis pernah ke Ladang Strawberry di Tasik Beris Sik Kedah. Penulis lebih tertarik dengan pokok kaktus,bunga-bungaan dan benda pelik yang dijual di sini.
Cuaca yang sejuk dan perut yang kenyang maka hasilnya mengantuk. Anak penulis tengah tidur masa ini.
Inilah pandangan atas Ladang Strawberry.
Buah Strawberry memang fresh dan murah.
Pemandangan seperti Kundasang Sabah.
Taman Uncle Sam, lebih kepada bunga-bungaan dan kaktus.
1 for RM8, 2 for RM15..Memang murah.
Pokok bunga Ros hanya RM12.
Borong-borong Cik Kak.
Selfie bersama anak.
Di hadapan Strawberry Corner. Pelbagai produk dan cenderamata berkaitan Strawberry ada dijual.
Penulis menuju ke Kuala Lumpur melalui Tapah dan kesudahannya seplastik isi perut. Hahahaha. Rupanya Penulis tersalah ikut jalan sepatutnya penulis mengikut jalan Simpang Pulai.
Namun atas kesulitan yang dilalui Penulis tertarik dengan sebuah air terjun iaitu Lata Iskandar.
http://www.mdtapah.gov.my/lata-iskandar
Tip-tip Penulis:
1. Rancang perjalanan ke Cameron Highland dan booking awal-awal penginapan terlebih dahulu.
2. Pastikan kereta telah di servis terlebih dahulu terutamanya clutch dan brek.
3. Jika ingin menginap cubalah hotel di sekitar Brinchang kerana pada malam minggu terdapat Pasar Malam di sekitar kawasan tersebut.
4. Bawalah sendiri kelengkapan untuk ke tempat sejuk, lebih jimat. (Jaket, Baju Tebal, Stokin, DLL)
5. Pilihlah jalan melalui Simpang Pulai, jalan ini kurang bengkang-bengkok dan kurang risiko untuk berlaku kemalangan.