Chinese New Year Kembali lagi. Kali ni penulis balik kampung isteri di Tanah Merah, Kelantan.
Setiap Pagi Jumaat, berdekatan Stesen Bas Tanah Merah akan menjadi meriah kerana adanya Pasar Tani. Apalagi jom...!!
Adik kepada Abang Ipar penulis telah selamat di ijab kabul dan pada hari ini majlis menyambut menantu di lakukan di
Ya Allah
Kami memohon restumu, berkatilah majlis ini,
limpahkan barakah dan rahmat ke atas pasangan suami isteri ini,
jadikanlah rumah tangga mereka aman dan bahagia,
dalam ketaatan terhadapmu,
kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah,
serta berikanlah ketenangan kepada mereka didunia dan akhirat,
sempurnakanlah agama mereka dengan berkat perkahwinan ini.
Amin.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiI3SZDSoHUU_fEHILR7JRW8N5oRxUSabNu9CtbbHn9xFNkj8w3KqX7sRLnZDtU67bsXWQDqFhcW5nHf2wh-42xUzzikdIB_0SLING-zZO4tbesIzYFKI43fc7ZrRsl2APLAeb8wdmDw3u3/s1600/1660450_576446272442183_1329112026_n.jpg)
Bulan ini memang agak pelik kerana di bahagian Utara dan Timur Semenanjung Malaysia mengalami cuaca sejuk. Bayangkan lebih kurang pukul 11 Pagi tapi cuaca di sini 20 Darjah Celcius.
2 Februari 2014
Penulis dan keluarga bergerak pulang daripada Kelantan dan singgah sebentar di Masjid Muhammad Tengku Faiz Petra, Gua Musang. Setelah bersolat Asar penulis membuat keputusan untuk menuju ke Cameron Highland walaupun tanpa perancangan rapi.Alhamdulillah, bukit-bukau dan kelam malam dilalui akhirnya setelah hampir 3 jam memandu, penulis dan keluarga menjejakkan kaki pertama kali di Cameron Highland. Cuaca memang sejuk dan malang sekali kelengkapan untuk berada di tempat sejuk penulis tidak membawanya lebih awal lagi.
Terpaksa membeli baju sejuk untuk kami sekeluarga. Nasib baik harga amat berpatutan
Malam ini penulis sempat makan malam di sebuahkedai steamboat tetapi penulis hanya memesan makanan bergoreng sahaja
Hampir 20 buah hotel dan chalet Penulis kunjungi, tiada satupun yang available memandangkan masa ini Perayaan Tahun Baru Cina maka ramai yang bercuti disini. Alhamdulillah dengan berkat kesabaran, penulis berjaya mendapat sebuah bilik di Tanah Rata dengan RM50.00 satu malam.