“Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah, dan orang-orang yang kafir berperang di jalan thaghut, sebab itu perangilah kawan-kawan syaitan itu, Kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu lemah.” (Q.s. an-Nisa': 76)
http://amazingnara.com/gambarlima bangunan-paling-seram-di-malaysia
Bilik penulis di sebelah kiri gambar ini.
Tingkat atas sekali sebelah kiri
Awalul Kisah
Penulis amat sedih bila melihat blog-blog memaparkan cerita mengenai Riviera. Riviera dah menjadi tempat pertama dalam bangunan paling seram di Malaysia.
Pembetulan kepada semua, Riviera bukan Apartment tetapi Kondominium.
Penulis hampir setahun setengah bersama kawan-kawan seperjuangan menginap di Riviera ini kerana ianya hostel bagi Kolej Penulis iaitu Kolej Yayasan Pelajaran MARA yang juga berkongsi hostel dengan Kolej Universiti Islam Malaysia. Meriah dengan pelajar-pelajar daripada 2 buah Kolej.
Bermulanya di sini penulis bersama 10 teman yang lain menghabiskan masa belajar dan bermain bersama. Banyak pengalaman suka duka pahit maung dirasai. Geng Bilik 8.18 Riviera.
Ditengah tengah Kondominium ini terdapat kolam renang yang menjadi tempat penulis dan kawan-kawan melepaskan tension pada waktu tengah malam.
Seram
Sebelum Kondominium ini menjadi terbiar dan usang lagi, penulis dan kawan-kawan sendiri telah merasai gangguan-gangguan yang berlaku. Setiap malam akan ada sahaja pelajar perempuan yang histeria. Memang bermacam-macam cerita yang diturunkan oleh abang-abang senior yang menambahkanlagi keseraman tempat ini.
Lif
Pada waktu malam lif akan terbuka tetapi tiada siapa yang keluar daripada lif. Bilik penulis di sebelah lif. Kawan-kawan yang lainpun hanya buat tak peduli bila hal ini berlaku.
Burung Hantu
Pada tiap malam, burung hantu akan berbunyi di luar tingkap tetapi burungnya tak pernah kelihatan.
Lembaga Hitam
Penulis memang selalu dengar kawan-kawan bilik lain mengadu tentang hal ini tetapi peristiwa yang penulis tidak boleh lupakan bila penulis berada di Kolam Mandi bersama semua kawan sebilik. Penulis terlihat susuk tubuh di atas beranda bilik penulis yang disaksikan juga oleh sahabat penulis. Pintu berkunci kerana semua turun ke bawah.
Pintu
Pintu tutup dan terbuka sendiri tanpa angin. Beberapa kali buka tutup sehingga 6 orang sahabat penulis tidur berhimpit-himpit. Setelah penulis tegur baru berhenti.
Kawan
Kawan A tidur bersama kawan B tetapi keesokan harinya rupa-rupanya kawan B tidur di bilik sebelah.
Jadi siapa yang temankan malam itu??
Histeria
Sewaktu penulis hampir menjejakkan kaki ke alam mimpi, penulis dikejutkan oleh kawan serumah. Rupa-rupanya di bilik berhampiran, seorang perempuan yang juga kawan penulis telah diserang histeria. Penulis menggunakan ilmu yang ada untuk mengusir benda yang menggangu. Bila azan sahaja penulis dan kawan-kawan yang lain akan dengar suara di telinga masing-masing suara dengan bahasa yang pelik. Garau dan serak. Setelah hampir 3 jam berperang akhirnya penulis dan rakan-rakan berjaya menghalau benda yang mengganggu. Di tabir tingkap,penulis melihat sendiri bebola angin keluar daripada rumah perempuan yang kena histeria tu. Disaksikan sendiri oleh Puan Laili Warden perempuan.
Maksud : Aku berlindung dengan wajah Allah yang Maha Mulia dan dengan Kalimat-Kalimat Allah yang Sempurna yang tidak ada “melampauinya” segala kebaikan mahupun keburukan dari kejahatan apa yang masuk ke dalam bumi dan apa yang keluar darinya dan dari kejahatan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepadanya. Dan dari kejahatan fitnah di malam dan siang hari dan dari kejahatan jalan-jalan dimalam dan siang hari, kecuali suatu jalan yang dilalui dengan kebaikan, wahai yang Maha Penyayang.
(Ta’awudz (doa perlindungan) diatas diajarkan oleh Malaikat Jibril a.s kepada Rasulullah SAW ketika malam Isra’ dan Mikraj. Ketika itu Nabi SAW dihadang oleh jin ifrit yang diutus oleh iblis yang membawa obor untuk membakar Nabi Muhammad SAW. Lalu Rasulullah membaca doa perlindungan tersebut sehingga ifrit tersebut kalah menyingkir
(H.R Iman Al-Bukhari)
Wallahualam, jangan biarkan diri anda diselubungi oleh misteri