Katakanlah: Kembaralah kamu di atas bumi, dan lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan dengan suatu bentuk; kemudian Allah menjadikannya berbentuk lain dari asal kejadian. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas setiap sesuatu.
(Surah Al-Ankbut : ayat 20)

12 August 2014

Ramadan 2014 Part 4


Alhamdulillah murah rezeki pada bulan Ramadan tahun ini. 
Terima kasih tidak terhingga kepada penaja yang menaja majlis Iftar kami sekeluarga dan kawan-kawan.

Penulis, Harith dan Sahabat baik penulis tuan Zahrullail

Rakan seperjuangan penulis

Ramai sangat orang, fully booked

Harith kurang sihat kerana baru saja sembuh daripada demam (Tangan, kaki dan mulut)

Setiap stesyen makanan memang ramai sangat orang beratur, memang meriah. 
Tidak hairanlah kenapa berduyun-duyun orang datang ke tempat ini kerana Buffet Ramadhan hanya RM50.00.



08 August 2014

Ramadhan 2014 Part 3

Majlis Sanjungan Budi Setulus Hati dan Majlis Iftar 2014 

Bahagian di mana jabatan penulis bekerja mengadakan majlis berbuka puasa. 
Pada hari berkenaan, family penulis terpaksa berbuka sendiri di rumah, maaflah wahai Umi Harith abi Harith ada kerja yang perlu diuruskan. Menguruskan teknikal majlis berkenaan dan menguruskan montaj dan persembahan.

Ingat senang nak seting berkaitan teknikal di tempat orang

Penulis pun terpaksa memerah kreativiti untuk menjayakan majlis berkenaan

Majlis Iftar 2014 dan Majlis Sanjungan Budi Setulus Hati

Diantara warga yang hadir

 Posing je yang lebih

Rakan seperjuangan penulis 

 Sambil menunggu untuk berbuka puasa, beratur mengambil juadah berbuka


 Satay dan Kambing Bakar

Jejaka macho

InsyaAllah, tahun depan, iftar bersama-sama lagi



07 August 2014

Ramadan 2014 Part 2

Pengat Pisang
Alhamdulillah tercapai juga hasrat penulis ramadhan kali ini membuat sendiri serta mengagihkan pengat pisang kepada bahagian dimana penulis bekerja. Program yang juga merupakan aktiviti kelab ini telah mendapat kerjasama yang baik oleh rakan sepejabat penulis.

Diantara Chef yang tengah bertugas menyediakan bahan-bahan

Proses memasak pisang dengan gula melaka

Mendayung pisang

Pengat pisang yang telah hampir siap

Cukuplah untuk 100 pax

Proses menampal stiker kelab

Siap untuk agihan

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program kali ini.
Semoga Allah menerima amal kebajikan kita.

Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun.
(At-Tirmidzi)

Ramadan 2014 Part 1

Ramadhan 2014
Sedih meninggalkan bulan Ramadhan pada tahun ini.Terasa cepat sangat masa berlalu. Alangkah beruntungnya bagi sesiapa yang telah memanfaatkan bulan ramadahan ini dengan amal kebajikan yang banyak. Ramadhan kali ini juga pengasuh anak penulis menunaikan Umrah dan anak penulis telah di jaga sementara oleh sepupu penulis.

MH17
Sekali lagi negara kita dikejutkan dengan insiden MH17 selepas berlakunya insiden MH370 yang menggemparkan seluruh dunia. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada mereka yang terkorban dan mengharapkan agar pihak yang melakukan serangan dapat dibawa ke muka pengadilan.

Palestin
Ya Allah selamatkanlah bumi Palestin
Hanya doa dapat dikirimkan buat saudara seagama kita disana.
Sedih..Hiba..Marah..Geram
Anak kecil menjadi mangsa
Sekolah Hospital Masjid Di Bedil
Kami di sini tidur dengan lena
Dapat bersahur dapat berbuka dengan baik
 Sedangkan di sana........
Ya Allah selamatkanlah bumi Palestin


Iftar
Bagi menghormati bulan Ramadhan dan kesugulan di bumi Palestin, tiada satupun post penulis di media sosial memaparkan juadah iftar. 
Post kali ini merakamkan detik penulis sekeluarga bersama adik sepupu dan suami berbuka puasa bersama-sama.
Restoran yang berada di Bandar Bukit Puchong yang menawarkan juadah masakan Pantai Timur, Grill dan steamboat.

Iklan pada tahun 2013 yang penulis ambil di internet


 Adik sepupu dan suami

 Grill dan steamboat

Anak penulis yang seolah-olah turut berpuasa sepanjang hari