Hari kedua penulis dan geng-geng setravel yang lain bergerak daripada hotel ke destinasi seterusnya seawal pukul 7.30 Pagi.
Mata anak pun masih bengkak sebab bangun awal
Inilah diantara peserta ke Singapura pada kali ini. Hanya penulis sekeluarga berbangsa Melayu dan beragama Islam tetapi penulis gembira kerana mereka banyak membantu penulis sekeluarga.
Peramah dan sentiasa menghormati kami terutama bab makan
Sebelum menuju ke Singapore Flyer kami menuju ke Bugis street untuk bersarapan
Hanya bersarapan roti canai di gerai mamak
"Saya dah kenyang"
Sambil menunggu peserta lain makan, penulis berjalan-jalan sekitar Bugis Street
Bugis Village
http://www.singaporeflyer.com/
Cubalah dan rasai sendiri
Muzium kecil sebelum menaiki Singapore Flyer
Unik dan menarik
Bulat..bulat..bulat
Dah naik
Pergerakan Singapore Flyer ni agak lambat
Nampak kapal di Laut
Setinggi bangunan
Marina Bay pada waktu pagi
Padang bola sepak yang terapung
Singapore Flyer dah makin turun
Seterusnya kami ke destinasi yang terakhir iaitu River Safari. Semalam dah menakluki laut SEA sekarang nak melihat hidupan di Sungai pula.
http://www.riversafari.com.sg/
Kali ini, penulis tidak memasuki Singapore Zoo tetapi penulis memasuki River Safari kerana terdapat 1 tarikan utama di sini iaitu.....
The River is Calling
Itik berenang pun boleh kita intai
Pengunjung tak seramai di SEA
Ikan Alligator Gar
Yang ni tak tahu nama apa
Pengunjung boleh melihat nama dan habitat ikan-ikan di sini
Giant Tiger Fish
Tengoklah giginya yang panjang dan tajam tu
Yang ni penulis pun tak tahu namanya
Kerusi berbentuk buaya
Terdapat zon-zon seperti Missisipi river, Mekong river, Amazon river dan macam-macam lagi
Bangau yang pelik tapi tak sempat snap
Ikan-ikan besar dipamerkan disini
Ikan Sturgeon iaitu spesis ikan zaman dinasor yang masih hidup pada masa kini.
Telurnya berharga ribuan ringgit yang menjadi santapan orang berada.
Telur ikan ini dinamakan Kaviar.
Spesis ikan mengikut sungai di China
Panda berbulu merah ataupun Red Panda
Inilah tarikan utama di River Safari iaitu Beruang Panda Dewasa.
Malangnya bagi penulis, semasa penulis sampai beruang ini tengah tidur.
Kawasan dewan tertutup ini memang amat sejuk dan kamera tidak dibenarkan mengeluarkan cahaya(Flash)
Juga tidak dibenarkan membuat bising
Memang Panda merupakan tarikan utama di sini. Anda akan dapat melihat pengunjung yang datang berlumba-lumba membeli cenderahati panda dalam pelbagai bentuk
Kucing hutan punn tengah tidur
Pintu keluar River Safari
Pak Polis mengawal lalulintas
Akhirnya dah sampai ke Woodlands Checkpoint
Kembali ke Malaysia
Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Johor Premium Outlets.
Tempat membeli belah barangan berjenama dengan harga lebih murah.
http://www.premiumoutlets.com.my/