Katakanlah: Kembaralah kamu di atas bumi, dan lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan dengan suatu bentuk; kemudian Allah menjadikannya berbentuk lain dari asal kejadian. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas setiap sesuatu.
(Surah Al-Ankbut : ayat 20)

25 January 2012

Selamat Hari Lahir Buat Isteri Tercinta


Selamat Hari Lahir
Saujana

Awan berarak ceria tiada titisan hujan,
Pohon melambai tanda sokongan,
Kususuri perjalanan bertemankan senyuman,
Dihari lahirmu isteriku,


Dedaun berguguran,
Membuktikan kedewasaan,
Walau tanpa madah dan hadiah,
Namun cukup untukmu sekadar ucapan…


Selamat Hari Lahir,
Iringan doa kuhulur,
Bersyukur kepada-Nya,
Atas nikmat usia,


Awan berarak ceria tiada titisan hujan,
Pohon melambai tanda sokongan,
Kususuri perjalanan bertemankan senyuman,
Dihari lahirmu isteriku,


Usiamu ibarat mutiara,
Tiada berganti lagi,
Hiaskan iman bersulam taqwa,
Agar sempat menuju haruman syurgawi,


Selamat Hari Lahir,
Iringan doa kuhulur,
Bersyukur kepada-Nya,
Atas nikmat usia.

24 January 2012

Cuti CNY

Cuti Tahun Baru Cina ini penulis telah pulang ke kampung halaman isteri penulis yang berada di Tanah Merah, Kelantan. 8-10 Jam perjalanan adalah perkara biasa jika memandu sendiri.

Ayah mertua penulis.
Masa ini penulis berada di Ayer Lanas kerana ada urusan peribadi.
Penulis ditemani oleh ayah dan ibu mertua.

Sambil bercerita dan menunggu, penulis disajikan dengan kopi Thailand..

Setelah hal selesai, makan malam dengan sate ala Kelate dan tomyam

Pantai Cahaya Bulan
Musim cuti sekolah dan perayaan, pantai ini agak padat dan terlalu ramai pengunjung..

Tak lengkap rasanya jika mengunjungi Pantai Cahaya Bulan jika tidak menikmati seafood goreng..
Udang, sotong, ketam, fishball dan macam-macam lagi..
Datang sini dan nikmati sendiri semua ini dengan harga yang berpatutan

15 January 2012

Pantai Kelanang dan Morib

Pantai Morib yang terletak di Banting Selangor memakan masa lebih kurang 50 minit masa perjalanan. Jalan agak baik dan papan tanda yang jelas memudahkan perjalanan.

Pantai Kelanang
Pantai ini merupakan pantai yang baru dibuka oleh penduduk kampung tersebut. 
Malangnya dengan jalan yang tidak strategik maka tidak ramai pengunjung mengunjungi pantai ini (sewaktu penulis mengunjungi pantai ini ).
Penulis mendapat tahu pantai ini melalui blog2 dan juga laman2 rasmi negeri Selangor.
Andai anda datang kemari maka nilailah sendiri pantai ini dan berilah komen yang membina kepada PBT untuk penambahbaikan.

Alhamdulillah penulis akhirnya sampai di Pantai Morib.
Pantai yang 100% berbeza dengan Pantai Kelanang. Pengunjung agak ramai dan padat (berkemungkinan pantai ini yang berada di tepi jalan besar) .
Kemudahan Asas agak baik dan masjid betul2 berada di hadapan pantai ini.

Kedai makan yang banyak serta pemandangan yang mengasyikkan menggamit para pengunjung untuk datang ke sini.

Gerai Sotong Bakar

Inilah hasilnya sotong bakar.
Di tabur dengan kacang tanah yang telah dikisar dan sos cili istemewa buatan sendiri.
Rasanya??...Allahuakhbar!!

Pantai Morib bukan untuk bermandi-manda..
Sekadar menikmati keindahan ciptaan Allah yang Maha Agung..
Selagi air tak pasang, bolehlah turun kebawah tebing dan bermain pasir

Ikan tembakul di Pantai Morib

Sang ombak menghempas pantai, pasir putih diam membisu..

Menikmati Sunset..Maha Suci Allah..

09 January 2012

Teroka Sungai Gabai

Perjalanan ke Sungai Gabai @ Air Terjun Gabai mengambil masa 15-20 minit daripada rumah penulis di Kajang. 
Sungai Gabai merupakan tempat rekreasi warga kota yang letih dalam kerja seharian dengan kos yang agak minima. 
Penulis dan keluarga telah ditemani sekali lagi oleh saudara Zahrullail. 
Penulis menyarankan kepada sesiapa yang ingin ke Sg Gabai agar pergi dengan cara rombongan atau beramai-ramai. Suasana hutan yang tebal dan jalan yang sempit boleh mengundang kepada kecelakaan dan jenayah..Nauzubillah.. 


Pintu gerbang Sg Gabai..tahun ini, para pengunjung dikenakan RM1.00 seorang berbanding tahun lepas RM2.00 sebuah kereta. 
Penulis nasihatkan agar pengunjung tidak menggunakan kenderaan yang besar. Jalan agak sempit dan teruk.

Rasanya tak sah tak amik gambar kat tempat ni.

Menikmati roti aiskrim sambil melihat pengunjung bermain air

Tingkat 2
Air terjun gabai mempunyai 3 tingkat dan kebiasaanya pengunjung yang berumur atau membawa anak kecil mereka akan ke tingkat 1. Tidak hairanlah jika tingkat 1 agak meriah dan padat

Alhamdulillah akhirnya sampai juga ke Tingkat 3. Agak meletihkan dan memenatkan.
Tiada aktiviti jualan di tingkat 3, hanya ada tandas sahaja. 
Bagi pengunjung yang ingin ke tingkat 3 dinasihatkan supaya membawa bekal daripada rumah atau hanya membeli makanan dan air di tingkat 1

Suasana di Tingkat 3

Keistimewaan di tingkat 3 Air Terjun Sg Gabai adalah tempat meluncur semulajadi..
Batu-batuan yang telah berlumut dan licin boleh dijadikan tempat meluncur

Yang ni tak boleh nak meluncur, lihat gambar di bawah

 Kalau meluncur juga...bantuan agak susah sampai dan klinik agak jauh


02 January 2012

Kembara ke Sungai Besar..

Alhamdulillah..Masih hidup dan bernyawa lagi tahun baru 2012 ini..
Dengan perancangan yang agak mengejut dan kelam kabut maka tercetuslah idea nak menziarahi Sungai Besar..kampung kepada kawan penulis saudara Zahrullail..
Sungai Besar berhampiran dengan Sabak Bernam dan memerlukan masa 2 jam perjalanan daripada Kajang..

 Solat Zohor dulu di Tol Setia Alam

Singgah tepi jalan jumpa Mee Udang Banjir + Soto Ayam Kampung & Otak2

Bagan Nakhoda Omar

Pemandangan BNO

Orang ramai membanjiri tempat ini..Parking agak susah

Aktiviti bermain layang2

Dalam perjalanan pulang, penulis melihat dan merasai sendiri mentarang

Mentarang ini dibiak hanya di belakang rumah
Mentarang lebih manis daripada lala dan kerang dan tidak hanyir

Terima kasih kepada empunya kedai makan mentarang bakar. Penulis dilayan dengan mesra dan baik.
Hanya perlu membayar mentarang bakar, penulis dijamu dengan nasi goreng mentarang+buah-buahan segar+durian dan air kelapa muda